WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, berbincang menerusi telefon dengan Putera Mahkota Abu Dhabi, Putera Mohammed Zayed Al Nahyan dan mereka bersetuju bahawa operasi ketenteraan Russia di Syria patut menumpukan kepada IS, bukannya kumpulan penentang sederhana Syria, menurut Rumah Putih.
Obama dan Al Nahyan yang menduduki jawatan kanan dalam tentera Emiriah Arab Bersatu (UAE), turut memperakui kepentingan mewujudkan situasi perlu bagi peralihan kuasa di Syria. – Reuters
[wpdevart_youtube]ryf53WrvZlg[/wpdevart_youtube]