Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Polis Berjaya Tumpaskan ‘Geng...

JERANTUT - Polis menumpaskan kumpulan curi motosikal yang dikenali sebagai Geng Sapak hasil...

Rakyat Malaysia Berhak Untuk...

KUALA LUMPUR : Amerika Syarikat (AS) menyokong hak rakyat Malaysia untuk mengadakan protes...

Aida Aris Sangkal Dakwaan...

PELAKON Aida Aris menafikan dakwaan yang mengatakan dia mendera anak tirinya dan dia...

Pasaran Pejabat Diterajui Penyewa...

KUALA LUMPUR - Pasaran pejabat diterajui penyewa di Kuala Lumpur (KL) terus berada...

Astro Tegur Nabil Jangan Berlebihan Dalam Berlawak

NAK melawak memang boleh tapi kenalah berpada-pada.

Sejak kebelakangan ini, banyak pihak mula menyuarakan perasaan kurang senang terhadap lawak-lawak yang dibuat oleh pengacara Gegarvaganza musim kedua (GV2), Nabil Ahmad yang disifatkan agak melampaui batas.

Sehubungan itu, pihak Astro sudah pun memberi teguran kepada Nabil berhubung isu tersebut.

raqim
Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad, mereka sudah mengingatkan Nabil agar sentiasa berhati-hati dengan pertuturan dan tingkah lakunya semasa mengacarakan program itu.

“Kami telah panggil Nabil dalam satu sesi baru-baru ini dan memintanya lebih berhati-hati dalam membuat lawak ketika mengendalikan program siaran langsung. Sebagai pengacara Nabil, perlu lebih sensitif terhadap keadaan sekeliling biarpun dia tidak berniat untuk mengguris perasaan mana-mana pihak,” katanya kepada mStar.


Nabil dikecam selepas dikatakan bergurau secara keterlaluan apabila menyentuh mengenai kekurangan kumpulan Caliph Buskers dalam konsert pertama GV2 yang bersiaran dua minggu lalu.

caliph
Kumpulan Caliph Buskers

Bagaimanapun, pelawak itu sudah memohon maaf di atas keterlanjurannya kepada kumpulan tersebut menerusi program Meletop yang dihoskannya bersama Neelofa. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori