KUALA LUMPUR – Keadaan jerebu di seluruh negara terus menunjukkan perkembangan positif dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) merekod tahap baik dan sederhana setakat 9 pagi ini.
Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), 11 kawasan merekodkan bacaan IPU baik antaranya Limbang (26); Labuan (31); Tanah Merah (34); Kota Kinabalu (42); Keningau (46); Kangar, Tawau dan Bintulu (masing-masing 49).
Sebanyak 39 kawasan lagi mencatat IPU sederhana iaitu antaranya Bandaraya Melaka (80); Samarahan (81); Bukit Rambai (84); Kuching (82); Banting (86); Shah Alam (88) dan Pelabuhan Klang (90).
Port Dickson dan Seremban (masing-masing 79); Putrajaya (76); Nilai (75); Petaling Jaya (74); Sri Manjung dan Kemaman (masing-masing 71).
IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).
Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. – BERNAMA
[wpdevart_youtube]vJLMwAtKQ0Q[/wpdevart_youtube]