Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Sidang DUN Melaka Gamat...

MELAKA - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kecoh seketika berikutan dakwaan populasi...

Hentikan Kempen ‘Beli Produk...

PULAU PINANG - Kerajaan negeri Pulau Pinang beranggapan kempen ‘Beli Produk Muslim Dahulu’...

Anwar Patut Dipenjara Lebih...

SEMUA pihak khususnya penyokong tegar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta menerima hakikat...

Video: Lelaki Cuba Bunuh...

SEBUAH video memaparkan seorang lelaki warga emas tergantung di tingkap lapan sebuah pangsapuri...

Bajet 2016 Berhemat, Seimbang & Mesra Rakyat

KUALA LUMPUR – Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan belanjawan berhemat, seimbang dan mesra rakyat, yang menangani kebimbangan rakyat, kata Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu berkata, kebimbangan itu termasuk peningkatan kos sara hidup, meningkatkan daya saing perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan kesejahteraan rakyat.

“Berikutan momentum aliran masuk pelaburan langsung asing yang semakin meningkat, Bajet 2016 terus memperkenalkan langkah-langkah baru untuk memastikan Malaysia kekal menarik kepada pelabur.

“Sebanyak RM1.914 bilion telah diperuntukkan kepada MITI untuk melaksanakan program di bawah bajet ini. Daripada jumlah ini, RM539.2 juta untuk perbelanjaan mengurus dan RM1.375 bilion untuk perbelanjaan pembangunan,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata antara insentif untuk menggalakkan pelaburan swasta termasuk Badan Bebas bagi Penilaian Pematuhan (ICAB).

ICAB bertujuan untuk mengukuhkan ekosistem ujian, pengesahan dan proses pensijilan yang diterajui SIRIM Bhd di mana aktiviti-aktiviti yang dicadangkan adalah kritikal kepada industri tetapi mungkin tidak ada di Malaysia.


“Pada masa ini, dianggarkan terdapat lebih 600 makmal ujian di Malaysia, dengan lebih daripada 80 peratus adalah kecil dan tidak dapat menyediakan perkhidmatan ujian kepada sektor-sektor yang dicadangkan,” kata Mustapa.

Sektor-sektor termasuk jentera dan peralatan, elektrik dan elektronik, bahan kimia, makanan, aeroangkasa dan peralatan perubatan.

Jumlah eksport industri ini meningkat daripada RM323.5 bilion pada 2010 kepada RM354.1 bilion pada 2014.

Sehingga Ogos 2015, jumlah eksport sektor-sektor ini mencapai RM247.7 bilion.- BERNAMA

[wpdevart_youtube]SozJFs7gJBQ[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori