Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

8 Pelajar Maahad Tahfiz...

BALING - Lapan pelajar lelaki Maahad Tahfiz Al-Quran Wartabiyyatul Islamiah di Telok Teduri...

Putera Mahkota Naruhito Lawat...

KUALA LUMPUR - Putera Mahkota Jepun, Putera Naruhito hari ini melawat Muzium Negara...

RM200 Juta Untuk Jayakan...

KUALA NERUS : Kerajaan memperuntukkan RM200 juta tahun ini, bagi menjayakan Program Penyeragaman...

Anak Terbakar Selepas Guna...

Guangdong – Akibat percaya cakap jirannya bahawa minyak diesel boleh menyembuhkan luka akibat...

Bajet 2016 Bukti Keprihatinan PM Terhadap Rakyat

IPOH – Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyifatkan Bajet 2016 yang dibentang Datuk Seri Najib Tun Razak membuktikan keprihatinan Perdana Menteri terhadap kebajikan rakyat di negara ini selain mengambil kira isu pembangunan wilayah dan negeri-negeri.

Perak turut mendapat habuan bagi memastikan agar perkara-perkara berkaitan kemudahan infrastruktur termasuk yang membabitkan asas pendidikan, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014 kepada 111 kakitangan Kemas dari seluruh Perak di kediaman rasmi beliau di sini malam tadi.

Beliau berkata dalam Bajet 2016, Perdana Menteri turut menekankan kepentingan untuk membina infrastruktur seperti jalan raya yang menjadi keutamaan pembangunan di Perak.

“Bajet kali ini turut memberi perhatian kepada wilayah yang masih lagi perlu diberikan perhatian dalam aspek pembangunan iaitu di kawasan hilir Perak dan seperti yang kita tahu Lebuhraya Pantai Barat atau WCE (West Coast Expressway)sedang dibina.

PM turut mengumumkan beberapa langkah susulan ke arah memastikan supaya kawasan di sepanjang wilayah ini dapat kita bangunkan dengan lebih rancak lagi,” katanya.

Zambry juga berkata pengumuman itu selaras dengan perancangan kerajaan negeri untuk membangunkan Hilir Perak dalam usaha mewujudkan koridor selatan.

Selain Perdana Menteri, beliau turut berterima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang turut membantu dalam memastikan Hilir Perak dapat dibangun seperti mana yang dirancang oleh kerajaan negeri.

Beliau berkata turut diumum pembangunan kepada masyarakat Orang Asli di Sungai Siput.


“Seperti yang kita tahu Sungai Siput adalah kawasan contoh pembangunan menyeluruh untuk Orang Asli seperti penyediaan sekolah dan juga mini RTC (Pusat Transformasi Luar Bandar) dan sekarang ia diperkemaskan lagi dengan peruntukan bajet tahun depan.

Saya mengharapkan peruntukan ini selaras dengan Dasar Amanjaya dengan memberikan perhatian khusus kepada aspek-aspek infrastruktur dan pelajaran yang menjadi salah satu keperluan untuk negeri Perak,” katanya.

Menyentuh kejayaan lebih ramai wanita menyandang jawatan utama dalam pelbagai sektor, Zambry berkata ini merupakan satu daripada perkembangan yang ada di negeri Perak yang menyaksikan golongan itu mengisi jawatan penting sebagai pegawai daerah, Yang Dipertua Majlis Perbandaran serta jurutera daerah.

Ini menunjukkan kerajaan negeri sentiasa memberi perhatian dalam aspek pengupayaan golongan wanita. Saya tekankan sebelum ini bahawa negeri Perak tidak mahu melihat diskriminasi terhadap keupayaan golongan wanita,” katanya. – BERNAMA

 

[wpdevart_youtube]DM4bINhS5EA[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori