Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Generasi Pertama Pemimpin Singapura,...

SINGAPURA - Othman Wok, bekas anggota Kabinet dan seorang daripada pendukung awal dasar...

Apple, Google Dikecam Bantu...

SAN FRANCISCO - Syarikat teknologi gergasi, Apple dan Google, berhadapan kritikan keras daripada...

Kembara Inspirasi Haji Jadi...

BANDAR HUI CHUAN, WILAYAH GANSU – Setiap kali dua kenderaan yang membawa lapan...

KPDNKK Perak Rampas Barangan...

IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak merampas beg,...

Bajet 2016 Dorong Lahirkan Lebih Ramai Usahawan Muda India

KUALA LUMPUR – Bajet 2016 disifatkan sebagai pendorong lahirnya lebih ramai usahawan dalam kalangan masyarakat India di negara ini.

Pandangan ini yang disuarakan Parti Makkal Sakti, merujuk kepada penyediaan peruntukan berjumlah RM150 juta oleh kerajaan bagi membantu usahawan masyarakat India.

Presiden Makkal Sakti, Datuk R. S. Thanenthiran berkata langkah itu sekali gus membuktikan kerajaan mahu memastikan kaum minoriti di negara ini tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara.

“Bajet yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat lepas menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat Malaysia termasuk masyarakat India,” katanya kepada Bernama.

Dalam pembentangan Bajet 2016, Najib memperuntukkan RM100 juta melalui TEKUN untuk usahawan masyarakat India selain RM50 juta oleh SME Bank untuk bantuan usahawan kecil India.

Thanenthiran yang juga pengasas parti itu berpendapat Bajet 2016 juga boleh membantu merapatkan jurang pendapatan antara kelas atasan, menengah dan bawahan serta meningkatkan taraf hidup golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40).


Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Najib kerana menerima satu resolusi yang dibentangkan parti itu ketika perhimpunan agung tahunannya pada 13 Sept lepas, iaitu menyediakan dana khas bagi membayar wang pendahuluan (subsidi) pembelian rumah di bawah Projek Perumahan Mampu Milik Malaysia (PR1MA).

Najib mengumumkan 351,500 unit rumah bakal dibina untuk keperluan rakyat, selain mengumumkan 175,000 unit PR1MA akan dibina dan dijual 20 peratus di bawah harga pasaran melibatkan peruntukan RM1.6 bilion, dengan 10,000 unit rumah itu, dijangka siap tahun depan.

Thanenthiran berkata Bajet 2016 juga merupakan usaha meringankan kos sara hidup dan beban rakyat yang berdepan dengan kos sara hidup yang semakin mencabar. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori