Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

SPRM Mula Siasatan Terhadap...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan terhadap pendedahan...

Bantahan Awal Najib Ditolak,...

PUTRAJAYA : Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais, dinamakan secara sah oleh...

Penyokong PH Buat Kecoh...

PUTRAJAYA - Keengganan ribuan penyokong Pakatan Harapan yang membanjiri Persiaran Perdana, di sini,...

Yazer Akui Silap Muat...

SEBELUM ini pasangan suami isteri Yazer dan Ekin teruk dihentam netizen gara-gara memuat...

3 Langkah Tingkatkan Produktiviti, Inovasi & Teknologi Hijau

KUALA LUMPUR – Dalam usaha meningkatkan produktiviti buruh sebanyak 3.7 peratus setahun, kerajaan memperkenalkan tiga langkah yang pertamanya menjadikan negara sebagai hab teknologi yang kompetitif di rantau ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ini akan dicapai dengan peruntukan RM1.5 bilion kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Langkah kedua kerajaan akan menggalakkan lebih banyak syarikat mengguna pakai teknologi ‘Industrialised Building System’ (IBS) bagi mempertingkat penggunaan teknologi dalam sektor pembinaan.

“Dana khas ‘IBS Promotion Fund’ sebanyak RM500 juta disediakan melalui SME Bank sebagai pinjaman mudah kepada pemaju dan kontraktor kategori G5 dan ke bawah,” katanya ketika membentangkan Bajet 2016 yang bertema ‘Mensejahtera Kehidupan Rakyat’ di Dewan Rakyat hari ini.

Langkah ketiga Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi akan melaksanakan pelbagai usaha teknologi hijau termasuk penyediaan air bersih dengan peruntukan RM877 juta.

Selain itu tahun 2016 akan diisytiharkan sebagai Tahun Pengkomersilan Malaysia dalam melonjakkan hasil produk penyelidikan dan pembangunan (R&D) oleh institusi penyelidikan tempatan.

Antara inisiatif lain yang akan dilaksanakan adalah kemudahan menuntut potongan cukai dua kali secara automatik bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang membuat perbelanjaan untuk projek R&D sehingga RM50,000 bagi setiap tahun taksiran.


“Kemudahan itu diberikan bagi tahun taksiran 2016 sehingga 2018,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Najib dalam pada itu memberitahu Dewan Rakyat bahawa kerajaan turut menyasarkan pengurangan intensiti pelepasan gas rumah hijau sehingga 40 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2020 melalui pelaksanaan Pelan Tindakan Mobiliti Elektrik dengan peruntukan RM45 juta.

“Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari atau SEDA melaksanakan Skim Pemeteran Tenaga Bersih dengan kuota 100MW setahun bagi menggalakkan penggunaan solar ‘photovoltaic’,” katanya.

Tambah beliau, tempoh pelaksanaan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau akan dilanjutkan sehingga 31 Dis 2017 dengan dana sebanyak RM1.2 bilion. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori