Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Stesen HSR Tetap Dibina...

PUTRAJAYA - Stesen keretapi laju (HSR) Kuala Lumpur-Singapura tetap akan dibina seperti perancangan...

Video: Singa Cuba Buka...

PENTING untuk menjaga keselamatan semasa dalam perjalanan, termasuk sentiasa mengunci pintu kenderaan anda...

Zambry Sekali Lagi Bantu...

IPOH - Di dalam kesibukan tugas rasmi seharian, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr....

NIOSH Cadang Kerjasama KBS...

TAWAU - Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee...

Bajet 2016 Turut Tumpu Kesejahteraan Masyarakat Orang Asli

KUALA LUMPUR – Kemajuan dan kebajikan Orang Asli terus diberi keutamaan apabila RM300 juta diperuntukan khusus untuk masyarakat itu menerusi Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat hari ini.

Antara yang diberi perhatian khusus ialah pendidikan generasi muda Orang Asli dengan RM45 juta daripada jumlah berkenaan diperuntukkan bagi bantuan makanan tambahan, wang saku dan tambang pengangkutan sekolah.

Dalam bajet bertemakan ‘Mensejahtera Kehidupan Rakyat’, Najib berkata kerajaan juga akan melaksanakan pembangunan perkampungan bersepadu, antaranya di Sungai Siput, Perak yang merangkumi pembinaan jalan perhubungan, penyediaan bekalan elektrik dan air terawat dengan peruntukan RM80 juta.

Selain itu, RM25 juta akan digunakan untuk Projek Pembangunan Ekonomi Orang Asli menerusi projek pembangunan ladang getah dan kelapa sawit serta tanaman kontan bagi memastikan tahap hidup masyarakat itu terus meningkat, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori