Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Masak Dadah Untuk Parti...

KUALA LUMPUR - Pengedar atau ‘tokan’ dadah tempatan dikesan merancang memasarkan pelbagai dadah...

Korea Selatan Dedah Mahu...

MENTERI Pertahanan Korea Selatan, Han Min-koo mendedahkan negaranya mempunyai perancangan untuk membunuh pemimpin...

Polis Siasat Dakwaan Lelaki...

KUALA LUMPUR - Polis gagal mengesan lelaki yang dikatakan berjalan kaki dalam keadaan...

Warga Emas Maut Dihempap...

ALOR SETAR - Seorang warga emas berumur 65 tahun maut dihempap pokok di...

Banduan Kalahkan Pasukan Debat Daripada Universiti Harvard

BOSTON – Beberapa bulan setelah mengungguli gelaran kebangsaan, pasukan debat Universiti Harvard telah dikalahkan oleh kumpulan pendebat yang disertai oleh banduan sebuah penjara di New York.

Pertandingan diadakan di dewan penjara Eastern New York yang mempunyai kawalan keselamatan tinggi di mana pasukan debat mahasiswa dari kolej-kolej paling berprestij dari Amerika Syarikat (AS) dijemput menyertainya.

Apa yang mengejutkan adalah, pada pertandingan akhir acara debat itu panel yang terdiri daripada tiga orang hakim mahkamah tempatan telah mengumumkan pasukan debat banduan tersebut sebagai pemenang!

“Debat dapat bantu pelajar untuk cekap berhujah terhadap kenyataan yang dirasakan bertentangan dengan prinsip mereka,” kata Max Kenner, pengasas dan pengarah eksekutif program inisiatif penjara Bard, kepada The Guardian.

“Malah, debat bukan sahaja memupuk seseorang jadi pembahas yang lebih baik, tetapi juga meningkatkan kemampuan untuk memahami perasaan orang lain, dan dua kekuatan inilah yang jadi pegangan kami sebagai sebuah institusi dan pertubuhan debat,” jelas Kenner lagi.

Mereka diberikan tajuk “Wajarkah anak-anak yang ibu bapanya datang secara haram ke AS harus dibenarkan bersekolah di sekolah awam” di mana pasukan banduan menjadi penyokong dan Harvard sebagai pembangkang.


Pasukan Universiti Harvard yang merupakan juara bertahan untuk pertandingan debat kebangsaan di England dan juara kejohanan debat dunia tahun lalu bagaimanapun tidak berjaya mematahkan hujah-hujah yang diberikan oleh pendebat dari penjara berkenaan.

Carlos Polanco, yang berusia 31 tahun dari Queens antara ahli pasukan debat itu adalah salah seorang daripada 15% banduan di dalam fasiliti tersebut yang terpilih untuk menyertai program pendidikan di dalam penjara kawalan maksimum tersebut.

Dia yang ‘disumbatkan’ ke dalam penjara atas kes pembunuhan, berkata kepada The Wall Street Journal bahawa program pendidikan tersebut ternyata banyak memberikan sinar baharu kepada para banduan sepertinya.

“Mereka membuatkan kami lebih percaya kepada diri sendiri.” – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori