Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

PAS Terengganu Anggap PAN...

KUALA LUMPUR - “Parti Amanah Negara (PAN) tak wujud di alam nyata, Parti...

Mangsa Air Pasang Di...

SUNGAI PETANI - Jumlah mangsa akibat fenomena air pasang besar di enam buah...

Tindakan Alvin Hina Institusi...

KEMAMAN - Tindakan blogger kontroversi Alvin Tan yang dipercayai memuat naik kenyataan yang...

Kastam Sabah Tanam Kapsul...

BANTUL (Sabah) – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah menanam kapsul masa di...

Bantuan Kewangan Kepada “Sunset Industry” Harus Dikaji

KUALA LUMPUR – Sektor perbankan serta golongan pelabur diminta mengurangkan bantuan kewangan kepada pihak yang ingin membawa masuk perusahaan bercirikan “sunset industry”, yang mengguna pakai teknologi bukan mesra alam ke dalam negara ini.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata walaupun perusahaan itu boleh memberi kesan positif kepada situasi ekonomi, ia dikhuatiri memberi kesan buruk seperti pencemaran yang tidak terkawal kepada alam sekitar.

“Kita tertarik untuk membawa pelaburan, tetapi kita sendiri yang akan dibebani dengan udara yang kotor, alam sekitar yang kotor, kerana ‘sunset industry’ yang sudah tidak dipakai di negara asal mereka,” katanya semasa merasmikan Minggu Alam Sekitar Malaysia peringkat Kebangsaan 2015 di sini hari ini.

Tambah beliau, sekiranya pelabur asing ingin juga membawa masuk perusahaan sedemikian, Wan Junaidi menyarankan agar syarikat itu mengamalkan pemantauan kendiri seperti menggunakan teknologi hijau, memastikan kebersihan ditahap terkawal dan sebagainya supaya alam sekitar kekal terjaga.

Dalam pada itu, Wan Junaidi berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan serius dengan sektor perbankan serta wakil dari syarikat korporat mengenai kemungkinan mewujudkan satu garis panduan untuk meminimumkan kemasukan perusahaan “sunset industry” dari luar negara.

Sementara itu, bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, beliau berkata pihaknya optimis perjanjian antara Malaysia dan Indonesia mengenai langkah menangani masalah jerebu rentas sempadan yang tertangguh sebelum ini, dapat dimuktamadkan sebelum akhir tahun ini.


Beliau berkata ini adalah hasil dari pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Indonesia Jokowi Widodo di Jakarta pada 11 Okt lepas, di mana masalah jerebu adalah antara topik yang dibincangkan secara serius.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa Memorandum Persefahaman (MoU) bilateral mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan, sebaik saja berkuatkuasa, akan membuka jalan bagi kerjasama lebih luas antara kedua-dua negara dalam menangani asap yang berlaku saban tahun.

Namun mesyuarat antara Junaidi dan rakan sejawatnya bagi memuktamadkan MoU itu tertangguh sebanyak dua kali, iaitu pada 18 dan 25 Sept lepas, akibat keadaan berjerebu yang bertambah buruk di Indonesia.

Mengulas mengenai Minggu Alam Sekitar Malaysia, Wan Junaidi berkata, rakyat Malaysia harus sedar bahawa tanggungjawab menjaga alam sekitar bukanlah semata-mata atas bahu kerajaan.

Beliau berkata rakyat, harus dididik seawal peringkat kanak-kanak, sehinggalah ke alam dewasa, mengenai kepentingan menjaga alam sekitar bagi memastikan ia dapat diwarisi generasi akan datang. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori