Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Azmin Mohon Batal Saman...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada Jumaat memfailkan permohonan untuk...

Bernas Sedia Bantu Kurang...

ALOR SETAR - Syarikat Padiberas Nasional Bhd (Bernas) sedia memberi khidmat nasihat dalam...

Jalan Kaki Ke Parlimen...

PROTES... Berang ditipu kerajaan Pakatan Harapan (PH) konon mahu hapus hutang pinjaman Perbadanan...

Sultan Johor Tegur Melayu...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah menggesa...

Bantulah Farisya Din, Tak Cukup RM4,000 Lagi

MELAKA – Kanak-kanak perempuan yang mengalami masalah jantung berlubang, Farisya Dini Juhari, 4, akan menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) pagi ini.

Bapanya, Juhari Ahmad Salleh, 41, dari Lorong Balai Panjang 7 di sini berkata, anaknya Farisya sudah dimasukkan ke bilik bedah sejak jam 7. 30 pagi tadi dan dijangka menjalani pembedahan itu pada jam 8.30 pagi.

Menurutnya, doktor yang terbabit memberitahu proses pembedahan dijangka mengambil masa antara empat hingga ke lima jam dan beliau berharap seluruh masyarakat mendoakan supaya pembedahan tersebut dipermudahkan.

Sementara itu, menurut Juhari lagi, wang sumbangan yang masuk ke akaun nya pagi ini mencatatkan penambahan sebanyak RM2,700 menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan masyarakat setakat ini kepada RM31,000.

“Hanya empat ribu lagi diperlukan bagi membiayai kos pembedahan tersebut yang jumlah keseluruhannya RM35,000,” katanya ketika dihubungi pagi ini.

Sinar Harian sejak 20 Oktober lalu, memaparkan kisah kanak-kanak terbabit, Farisya Dini yang mengalami masalah kebocoran injap jantung serius serta beberapa komplikasi lain sehingga memaksa pembedahan dijalankan segera.

Menurut bapanya, penyakit itu mula dikesan ketika usianya lima bulan dan setelah itu dia terus menjalani rawatan susulan di Hospital Melaka setiap enam bulan sekali dan di IJN setiap setahun sekali.


Bapanya hanya menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dan pendapatan tidak tetap dan untuk menyediakan kos sebanyak itu beliau tidak mampu.

Jumlah RM35,000 yang diperlukan itu belum termasuk kos perbelanjaan lain seperti penginapan serta rawatan susulan.

Setakat ini bapanya sudah berusaha untuk mendapatkan dana tersebut termasuk menemui orang perseorangan serta memohon bantuan menerusi Tabung Bantuan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Orang ramai boleh terus menyalurkan bantuan menerusi akaun bank bapanya, Juhari Ahmad Salleh, 04080061336526 (CIMB). – Sinar Harian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori