Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Umie Aida Harap Erma,...

SEBAGAI seorang adik, tiada apa yang diharapkan Datin Umie Aida selain rumah tangga...

Infografik Palsu Fitnah Ketua...

GEORGETOWN - Satu laporan polis dibuat terhadap infografik yang didakwa mengandungi kenyataan berbaur...

Pengundian Rancak, Cecah 55%...

KUALA LUMPUR – Proses pengundian di kebanyakan pusat-pusat mengundi masih berjalan rancak tengah...

Pesawat AirAsia X ...

SEBUAH pesawat AirAsia X dari Sydney ke Kuala Lumpur dilaporkan membuat pendaratan cemas di Lapangan...

Bas Antirusuhan Pasukan JDT Cegah Keganasan Penyokong

KUALA LUMPUR – Johor Darul Ta’zim (JDT) muncul menjadi pasukan bola sepak pertama di Malaysia mempunyai bas antirusuhan untuk kegunaan pegawai dan pemain pasukan itu.

Kenderaan berat tersebut bakal digunakan secara rasmi sewaktu mereka bertandang ke gelanggang lawan yang dikenal pasti berisiko berlaku insiden keganasan oleh penyokong lawan.

Laman Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers (JST) melaporkan, bas itu antara lain dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV), jaring besi boleh anjal dan penghadang besi untuk keselamatan anggota pasukan tersebut.

“Pemasangan beberapa ciri tambahan pada bas terbaru pasukan JDT adalah demi keselamatan para pemain, barisan kejurulatihan dan pegawai pasukan ketika bertandang ke tempat lawan.

“Ini khasnya yang dikhuatiri akan mengundang isu-isu tidak diingini seperti balingan objek keras dan berbahaya ke arah bas yang dinamakan sebagai JDT Batu Bas.

Baca: Jangan Cetus Kekecohan Semasa Perlawanan JDT – Polis

“Antara ciri-ciri yang dipasang pada bas  tersebut seperti pemasangan CCTV di sekeliling bas yang dilengkapi pencahayaan dan kebolehupayaan ‘zoom’ untuk jarak jauh.

“Selain itu, jaring besi boleh anjal bagi mengelakkan balingan objek keras turut dipasang serta penghadang besi ‘kangaroo bar‘ untuk menahan rempuhan,” lapor JST pada Jumaat.

Menurut JST, JDT Batu Bas akan digunakan oleh pasukan itu apabila melibatkan perlawanan membabitkan penyokong lawan yang berisiko tinggi berdasarkan insiden-insiden yang pernah berlaku sebelum ini.


“Memandangkan terdapat ramai penyokong yang kurang berpendidikan dan bertamadun, itulah sebabnya kami perlu menambah baik bas kami.

“Memandangkan kita tidak dapat mendidik mereka (penyokong pasukan lawan), tiada pilihan lain selain menyediakan bas sebegini,” jelas JST lagi.

JDT namun berkata, pasukan itu berharap tiada insiden tidak diingini berlaku bagi mengelakkan bola sepak Malaysia menjadi bahan tawa hanya disebabkan permainan itu walhal ia tidak sepatutnya berlaku zaman moden.

“Kita seharusnya perlu menikmati keindahan permainan bola sepak,” kata JST. – MYNEWSHUB.CC

(Dengan musim cuti sekolah semakin hampir, sesiapa yang bercadang untuk menempah perkhidmatan kambing golek untuk apa sahaja majlis, boleh la cuba menghubungi Abang Lan – 010 – 883 2136 …Cuba Dulu!! Pasti Meleleh!!)

https://www.youtube.com/watch?v=YghTKWv8XhA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori