Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Perutusan Khas PM Mengenai...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual menyampaikan perutusan khas mengenai situasi...

AZRB Beli 50% Ekuiti...

KUALA LUMPUR – Ahmad Zaki Resources Bhd (AZRB) bercadang membeli 50 peratus pegangan...

Barisan NGO Tampil Pertahan...

Selepas Jawatankuasa Peguam Muda Majlis Peguam (NYLC) melancarkan kempen Akta Hasutan 1948 dimansuhkan,...

Nelayan Kemboja Lemas Di...

GEORGE TOWN - Seorang nelayan warga Kemboja maut selepas terjatuh ke laut dari...

Bas Ekspres, Treler Jatuh Gaung

BUKIT BERUNTUNG – Bas ekspres bawa 29 penumpang dan treler muatan simen terjunam ke dalam gaung selepas terbabit dalam pelanggaran di Kilometer 431.1 Lebuhraya Utara-Selatan arah Kuala Lumpur berdekatan Jambatan Sungai Guntong, di sini, awal pagi tadi.

Kemalangan kira-kira 2.30 pagi itu menyebabkan pemandu treler maut manakala kelindannya parah.

Pemandu bas ekspres serta kanak-kanak berusia tujuh tahun turut cedera namun penumpang lain selamat.

Pegawai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu Mahmud Selamat berkata, bomba menerima panggilan pada 3.02 pagi dan segera ke lokasi kejadian.

“Sampai di lokasi kita dapati bas dan lori sudah berada di dalam gaung.


“Pemandu lori tersepit dan berjaya dibawa keluar namun disahkan meninggal dunia,” katanya.

Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dirawat. – myMetro Online

https://www.youtube.com/watch?v=6x2fmVBNG5Y

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori