Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Penganggur Dipenjara 6 Bulan,...

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur yang tidak serik selepas baharu dua minggu dibebaskan...

SIA Didenda RM354 Juta...

BRUSSELS - Tidak sampai sebulan didenda Penguasa Penerbangan Awam Britain (CAA) kerana banyak...

301 Kes Kematian Covid-19

PUTRAJAYA – Sebanyak 301 kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam, menurut data laman web...

Azlan Man Nafi Akan...

KANGAR - Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man hari ini menafikan khabar...

“Bas Kami Tidak Pernah Balik Tanpa Cermin Pecah” – PBNJ

KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) tidak berniat mencetuskan provokosi berikutan pengunaan bas anti-rusuhan untuk kegunaan pegawai dan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Piala Malaysia 2015 di Stadium Ipoh, Perak nanti.

Presidennya, Datuk Ismail Karim berkata, bas khas yang diberi nama `JDT Batu Bas’ tersebut semata-mata demi keselamatan pemain dan pengurusan pasukan tersebut.

JDT Batu Bas

“Bas tersebut disediakan kerana kami mengutamakan keselamatan pemain dan pegurusan pasukan. Tindakan yang kami ambil adalah atas faktor keselamatan dan bukannya provokasi.

“Cukup-cukuplah cuba mencari salah kami. Johor adalah negeri peneraju dari dahulu hinggalah ke hari ini. Kami di PBNJ hanya mahu bersaing dan bermain bola sepak,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Ismail berkata demikian bagi membantah tajuk muka depan akhbar The Star “Steeling for Trouble” berhubung penggunaan `JDT Batu Bas’ oleh pasukan Harimau Selatan.


Ismail seterusnya menjelaskan, PBNJ membuat keputusan menggunakan bas itu memandangkan PBNJ dan penyokong JDT menghadapi pelbagai masalah ketika bertandangan di Perak untuk perlawanan bola sepak sejak tahun 2013.

“Bas kami tidak pernah balik dari Perak tanpa insiden cermin pecah dibaling objek dan sebagainya.

“Penyokong kami pula dikepung dan macam-macam lagi masalah lain. Kejadian ini bukan sahaja dialami penyokong Johor, malah pernah juga dilalui oleh penyokong Selangor dan Sarawak,” katanya.

Kewujudan `JDT Batu Bas’ itu turut menimbulkan rasa kurang puas hati dalam kalangan penyokong Perak yang menganggap ia satu provokasi ke atas mereka. – mynewshub.cc

https://www.youtube.com/watch?v=YghTKWv8XhA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori