Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Ferguson Jalani Pembedahan Kecemasan...

BEKAS pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson kini berada di unit rawatan rapi...

GAMBAR: Bukti MH17 Dilanggar...

GAMBAR di bawah terkandung dalam laporan 34 muka surat yang dikeluarkan oleh Lembaga...

Usaha Malaysia Dapat Pengiktirafan...

BUKIT MERTAJAM - Usaha kerajaan yang terus komited menyediakan pelbagai kemudahan dan bantuan...

Isu Doping Atlet: KBS...

KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas)...

Bayi Dua Lubang Hidung Terkeluar Lahir Di Peru

CHIMBOTE (Peru) – Seorang bayi lelaki yang mempunyai kecacatan genetik dilahirkan dengan memiliki dua lubang hidung yang terkeluar dari mukanya.

Selain kecacatan pada hidung, bayi yang dinamakan Baby Angelito itu dilahirkan sihat tanpa sebarang masalah kesihatan yang lain.

Doktor pakar kanak-kanak, Jose Castillo berkata, bayi itu kemungkinan mengalami satu kecacatan genetik yang sangat jarang berlaku.

“Keadaan seperti ini hanya berlaku sekali dalam setiap 10 juta hingga 15 juta kelahiran.

“Bayi ini berada dalam keadaan sihat. Jantung dan sistem pernafasannya juga normal,” katanya.

Menurutnya, bayi itu kini dipindahkan ke sebuah hospital di Nuevo Chimbote untuk menjalani pemeriksaan.


Seorang lagi pakar kanak-kanak, Carlos Arrestegui Ramos memberitahu, bayi itu memerlukan pembedahan plastik untuk membetulkan kembali hidungnya menjadi normal.

“Pemerhatian awal mendapati bayi ini sihat seperti bayi normal yang lain, tetapi kami perlu melakukan beberapa ujian untuk menentukan kesihatannya.

“Pembedahan plastik boleh membentuk semula hidung bayi ini,” jelasnya.

Datuk Bandar Nuevo Chimbote, Valentin Fernandez turut melawat bayi itu di hospital dan menghadiahkan lampin, susu dan wang kepada ibu bapanya. – Agensi/myMetro Online

https://www.youtube.com/watch?v=SdjXrikJ_5w

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori