Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Pencapaian GTP, ETP Beri...

KUALA LUMPUR -- Kejayaan mencatat pencapaian melebihi sasaran menerusi Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan...

Kementerian Pendidikan Digesa Periksa...

PETALING JAYA - Presiden Yayasan Sakti Datuk Seri R.S Thanenthiran menggesa Kementerian Pendidikan...

Padah Fanatik Drama Korea...

PERINGATAN untuk semua peminat drama atau artis Korea, serta seangkatan dengannya, agar tidak habis...

Mustapa Keluar UMNO Warnai...

KOTA BHARU - Keputusan Datuk Seri Mustapa Mohamed keluar dari UMNO setelah lebih...

Bayi Terbesar Di India, Dengan Berat 5.8kg

BAYI sebesar 5.8 kilogram (kg) telah dilahirkan oleh seorang wanita di India dan disebabkan bayi lelaki itu amat besar, doktor terpaksa melakukan pembedahan caesarian secara kecemasan untuk mengeluarkannya dari perut ibunya meskipun sebelum itu bayi tersebut dilaporkan akan dilahirkan secara normal.

Bayi tersebut yang masih belum diberi nama dilahirkan pada Rabu lalu dan disahkan sebagai bayi terbesar di India.

bayi2

Bagaimanapun doktor percaya bayi itu dilahirkan dengan saiz yang besar disebabkan ibunya, Goga Bai, 25, mengalami masalah berat badan iaitu 99.7 kilogram (kg) dan mengalami masalah kencing manis, iaitu keadaan di mana ia boleh menjurus kepada pembesaran bayi dalam kandungan.


“Saya tidak pernah berdepan dengan ibu yang melahirkan anak sebesar ini dan ia amat mengejutkan kami di hospital ini. Disebabkan bayi ini sangat besar, ia tersangkut menyebabkan pembedahan terpaksa dilakukan.

“Ibu dan anaknya sihat meskipun wanita itu mengalami masalah pernafasan,’’ kata Dr. Anamika Aggarwal, salah seorang doktor yang membantu kelahiran bayi tersebut.

Menurut Dr. Anamika kebiasaannya seseorang bayi akan menjadi obes ketika dalam kandungan apabila ibunya mengalami kencing manis. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori