Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Saya Berubah Bukan Sebab...

SEJAK pulang dari menunaikan haji tahun lalu, pengacara dan pelawak Nabil Ahmad mengakui...

Hampir Separuh Jemaah Haji...

MAKKAH - Hampir separuh daripada jumlah keseluruhan 30,200 jemaah haji Malaysia bagi musim...

Messi Pemain Terhebat Dunia...

MUNICH - Bintang Barcelona, Lionel Messi, adalah pemain bola sepak terhebat dunia, kata...

Iye Ke TAKDA Asas...

Para pemimpin pentadbiran lalu secara berterusan menuduh kerajaan PH menjual tanah dan aset kerajaan. Harus menghentikan dakwaan mereka yang tidak berasaskan fakta" - kata Guan Eng.*Oh? Tak berasaskan fakta ke?**Habis itu, ini senarai apa?*

Bekas Bapa Tiri Sedia Saman Jika Sufi Tak Minta Maaf

BEKAS bapa tiri juara Akademi Fantasia 2015, Muhammad Arif Dolah mencabar Sufi Rashid untuk membuat permohonan maaf secara terbuka atau tertutup bagi membersihkan nama baiknya daripada fitnah yang telah dilemparkan Sufi mengenai gangguan seksual yang berlaku terhadapnya.

Menerusi sidang media yang diadakan semalam, Arif berkata, “Saya mungkin akan berlembut hati sekiranya dia meminta maaf secara terbuka atau pun secara tertutup terhadap kenyataan yang dibuatnya itu. Ataupun bakal berhadapan saman malu yang akan dihantar oleh peguam saya“.

Memetik Rotikaya, Arif berkata Sufi perlu menunjukkan bukti dan berlawan secara profesional sekiranya tuduhannya itu benar.

“Jika benar dakwaan yang dikatakan Sufi kepada saya, silalah kemukakan bukti yang kukuh dan kita berdepan dengan keadilan. Saya juga tidak faham kenapa dia tidak melaporkan pada pihak polis pada tahun 2011 memandangkan ibunya juga ada membuat laporan polis terhadap saya pada tahun yang sama di atas kes keganasan rumah tangga,” katanya lagi.


Arif sebelum ini didakwa atas kesalahan melakukan gangguan seksual terhadap penyanyi Indonesia di bawah pengurusannya iaitu Tegar sehingga memaksa Sufi tampil ke hadapan mengakui dirinya juga pernah menjadi mangsa gangguan seksual Arif. – MYNEWSHUB.CC

Arif Dollah jawab dakwaan soal gangguan seksual

[youtube http://www.youtube.com/watch?v=LWv5HJxPDdg&w=560&h=315]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori