Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

JAWI Diarah Bantu Urus...

KOTA KINABALU - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom...

Gempa Di Ranau Uji...

KUALA LUMPUR - Persiapan skuad ragbi tujuh sebelah wanita kebangsaan yang kini berada...

Padah Cuba Sogok Anggota...

KUANTAN - Cubaan seorang lelaki warga Myanmar memberi sogokan RM200 kepada anggota polis...

Rakyat Sabah Nyatakan Sokongan...

SANDAKAN - Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman berkata rakyat Sabah menyatakan akan...

Bekas Pelawak Jadi Presiden Guatemala

GUATEMA CITY – Bekas pelawak televisyen, Jimmy Morales yang tidak pernah memegang jawatan politik, memenangi pilihan raya presiden Guatemala kelmarin selepas mengambil kesempatan terhadap kemarahan rakyat mengenai skandal rasuah yang membabitkan kerajaan sebelum ini.

Morales, 46, mencapai kemenangan besar dengan mengalahkan pencabarnya dari parti berhaluan tengah-kiri dan juga bekas wanita pertama, Sandra Torres dalam pilihan raya pusingan kedua.

Dia memenangi pilihan raya itu walaupun tidak mempunyai pengalaman menguruskan kerajaan dan sebahagian ideanya untuk mentadbir dilihat sebagai khayalan.

Ibu pejabat parti Barisan Penyatuan Kebangsaan (FCN) yang diketuainya meraikan kemenangan itu sebagai keputusan pilihan raya menunjukkan Morales meraih hampir 69 peratus undi.


Penduduk Guatemala dipercayai memilihnya kerana tidak berpuas hati dengan skandal rasuah dalam kalangan golongan politik sehingga memaksa peletakan jawatan dan penahanan bekas Presiden, Otto Perez. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori