BEKAS atlet bola keranjang NBA yang juga merupakan bekas suami bintang siri Keeping Up With The Kardashians (KUWTK), Lamar Odom ditemui tidak sedarkan diri dalam sebuah bilik di rumah pelacuran di Nevada, Las Vegas, Amerika Syarikat.
Menurut seorang pelacur di situ, Lamar ada mengambil dadah jenis kokain yang mungkin menyebabkannya tidak sedarkan diri selepas tiga hari berparti sakan di pusat pelacuran itu.
Pihak penyiasat juga sudah mengambil sampel darah Lamar untuk dikaji di Makmal Polis Metropolitan Las Vegas.
Menurut Sherif Sharon Wehrly, setakat ini pihaknya masih menyiasat kes ini.
Lamar mendapatkan  rawatan di hospital Las Vegas dan sehingga kini dilaporkan dalam keadaan koma.
Sementara itu, Khloe dilaporkan mengambil tanggungjawab untuk menentukan segala keputusan perihal kesihatan bekas suaminya itu.
Ini kerana sehingga kini penceraian mereka belum diputuskan oleh pihak mahkamah.
Selain Khloe, Lamar turut dikunjungi oleh bapanya dan dua anak hasil perkongsian hidup dengan bekas teman wanitanya, Liza Morales serta ibu dan kakak Khloe, Kris Jenner dan Kim Kardashian. – MYNEWSHUB.CC