Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tak Sambut Salam –...

Baginda tidak perasan atau sengaja tidak menyambut salam Timbalan Menteri di Jabatan Perdana...

Lima Anggota Geng Pecah...

BUTTERWORTH - Empat lelaki dan seorang wanita yang disyaki anggota kumpulan pecah rumah...

238 Kes Baharu HFMD...

KANGAR: Perlis mencatatkan sebanyak 238 kes baharu penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD)...

Flydubai Sahkan Penerbangan FZ981...

KUALA LUMPUR - Flydubai Airline, syarikat penerbangan tambang rendah Dubai, mengesahkan pada Sabtu...

Belia India Dipelawa Sertai JPAM – Shahidan

ARAU – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim akan mengadakan perbincangan dengan Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia, dalam usaha menggalakkan golongan belia India menyertai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Shahidan berkata penyertaan masyarakat India dalam pasukan berkenaan pada masa ini, sangat tidak memberangsangkan.

“Kaum India di negara ini dialu-alukan menyertai JPAM sebagai anggota sukarela. Saya akan berbincang dengan Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia untuk merangka strategi bagi menggalakkan golongan belia India menyertai JPAM,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan konvensyen kelab berkenaan di Pusat Koreksional Perlis di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Shahidan berkata beberapa pendekatan termasuk mewujudkan program JPAM di semua peringkat masyarakat, sedang dilaksanakan bagi meningkatkan penerimaan rakyat terhadap badan beruniform itu.


Pengerusi Majlis Kelab Bell Belia Tamil, K. Murali berkata kelab berkenaan menyambut baik peluang yang diberikan kepada masyarakat India untuk menyertai JPAM.

“Ini kerja sukarela…kita akan membantu pelaksanaan strategi dan promosi JPAM dalam kalangan masyarakat India di negara ini,” katanya.

Pada masa ini, JPAM mempunyai kira-kira 850,000 Anggota Sukarelawan Pertahanan Awam (ASPA) dan 570 perjawatan tetap. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]zi_ibZyVCt8[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • JPAM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori