Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Sedia Laksana VEP Tahun...

JOHOR BAHRU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjangkakan kerajaan sudah bersedia untuk melaksanakan...

Pelakon Hantu Kak Limah,...

DUNIA hiburan kehilangan seorang pengiat seni apabila pelakon yang pernah membintangi filem Hantu Kak...

Robot Seks 50 Posisi...

LONDON - Pasaran seks global bakal berdepan revolusi terbesar apabila robot sextech yang direka...

3 Lelaki Maut Kemalangan...

DUNGUN - Tiga lelaki maut selepas kereta yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan...

Bimbang Fitnah Melalui Media Sosial Kian Berleluasa

KUALA TERENGGANU – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini melahirkan kebimbangan penyebaran berita palsu dan fitnah yang berleluasa melalui media sosial seperti Facebook dan WhatsApp.

Baginda bertitah umat Islam harus berhati-hati dan menyelidik dahulu kesahihan berita yang disebarkan dalam media sosial.

“Betapa banyak fitnah yang terjadi akibat berita bohong yang disebarkan melalui komunikasi media baru…Kesannya banyak darah yang tertumpah, harta yang musnah, kehormatan tercalar serta persaudaraan terputus.

“Beta menyeru seluruh rakyat jelata supaya sentiasa bersangka baik, bersatu padu dan bekerjasama untuk memastikan negeri dan negara terus maju,” titah baginda pada majlis sambutan Maal Hijrah peringkat negeri di Wisma Darul Iman di sini. Turut berangkat Sultanah Terengganu Sultanah Tuanku Nur Zahirah.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman serta kira-kira 3,000 orang turut hadir pada majlis itu.


Sultan Mizan turut berkenaan menyampaikan anugerah Tokoh Maal Hijrah negeri kepada bekas qariah kebangsaan dan antarabangsa Sepiah Mohamad.

Baginda juga berkenan menyampaikan beberapa anugerah termasuk Anugerah Kilang Produk Halal Terbaik kepada pemain bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Hairuddin Omar yang merupakan pengusaha pes makanan sedia hidang Adeq Sue Resources Sdn Bhd (Adeq Sue). – BERNAMA

[wpdevart_youtube]pVVQLL7dARs[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori