Wednesday, January 29, 2025

Creating liberating content

Lelaki Ditemukan Lemas Dipercayai...

TELUK INTAN - Seorang lelaki ditemukan lemas di Sungai Batu 12 di sini...

Khazanah: RM1.4B Diguna Ambil...

KUALA LUMPUR - Khazanah Nasional Bhd akan menggunakan RM1.4 bilion daripada RM6 bilion...

Penjawat Awam Wajib Ambil...

PUTRAJAYA - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mewajibkan penjawat awam mengambil vaksin dan perlu...

Ramadan: Krisis Qatar &...

ARAB Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Bahrain dan Mesir menyuarakan syarat aneh pada akhir Ramadan...

257,252 Unit Rumah, Bantu Golongan Rendah, Sederhana Rendah

KUALA LUMPUR – Usaha kerajaan membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah terus dirancakkan tahun ini, dengan rancangan membina 257,252 unit rumah di seluruh negara.

Menurut Laporan Ekonomi 2014/2015, inisiatif berkenaan adalah:

*Program Perumahan Rakyat 1Malaysia di bawah Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)

– 210,000 unit dengan harga antara RM100,000 hingga RM400,000

– Keutamaan bagi isi rumah berpendapatan RM10,000

*Program Perumahan Rakyat

– 15,996 unit

– Keutamaan bagi kumpulan berpendapatan rendah dan penempatan semula setinggan.

* Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia

– 2,183 unit

– Keutamaan bagi membantu nelayan, petani dan keluarga yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usang.

* Rumah Idaman Rakyat

– 6,296 unit dengan 60 peratus daripadanya berharga di bawah RM250,000 dan 40 peratus lagi antara RM250,000 ke RM350,000.

– Keutamaan bagi golongan berpendapatan sederhana dan pembeli kali pertama


* Rumah Aspirasi Rakyat

– 11,872 unit

– Keutamaan bagi golongan belia untuk memiliki rumah pertama terutama mereka baharu bekerja.

* Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia

– 10,905 unit

– Keutamaan penjawat awam.

Sementara itu, bagi membendung kenaikan harga rumah beberapa beberapa inisiatif telah dilaksanakan iaitu:

* Menetapkan nisbah maksimum bagi pinjaman kepada nilai aset yang dibeli pada 70 peratus ke atas harta ketiga.

* Menetapkan tempoh maksimum pinjaman kepada 35 tahun daripada 45 tahun sebelum ini.

* Meningkatkan Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT) daripada 15 peratus kepada 30 peratus bagi pelupusan hartanah dalam tempoh pegangan sehingga tiga tahun.

* Meningkatkan harga minimum hartanah daripada RM500,000 kepada RM1 juta bagi pembelian asing.

* Memansuhkan Skim Faedah Pemaju (DIBS) – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori