Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Pengasuh Mengaku Bersalah Cuai...

JOHOR BAHRU: Pengasuh sebuah taska mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari...

Elly Tuntut Wang Belanja...

TERDAHULU Elly Mazlein menjadi bualan gara-gara menyindir bekas suaminya, Azmi Hatta berhubung perihal...

Kelewatan Projek Langat 2...

KUALA NERANG - Lebih lima juta penduduk di sekitar Lembah Klang dan Selangor...

Bunuh Rakan Serumah, Empat...

JOHOR BAHRU - Empat sekawan ditahan polis berikutan penemuan mayat seorang lelaki dipercayai...

Bina Laluan Alternatif Kurangkan Kesesakan Di Putatan

KOTA KINABALU – Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin mahu laluan alternatif dibina bagi mengatasi kesesakan lalu lintas di Putatan dan Petagas khususnya ketika waktu puncak.

Yahya berkata laluan alternatif itu sesuai dibina di sepanjang jalan dari Cyber City, Kepayan hingga ke Kinarut memandangkan jalan berkenaan terletak antara Putatan dan Petagas.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas berkata pada masa sama sebuah jejambat perlu di daerah Putatan bagi mengurangkan penggunaan lampu isyarat untuk membuat pusingan ‘U’ yang mendorong kepada kesesakan lalu lintas.

“Walaupun ada penambahan lorong dilakukan, ia masih tidak mampu menampung pertambahan kenderaan yang melalui jalan itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan BTC Textile Emporium cawangan Putatan, dekat sini hari ini.


Yahya berkata jalan raya di Putatan merupakan laluan keluar masuk utama terutama bagi menghubungkan penduduk dari Papar, Kinarut, Tambunan, Keningau dan Tawau untuk ke pusat bandar.

“Berikutan itu pengurusan jalan raya perlu diberi penekanan,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]_u23OODbZhY[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori