Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Bekas Pengerusi PAC Tidak...

KUALA LUMPUR - Bekas Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin...

Pemberian Duit Raya: Sedekah...

KUALA LUMPUR - Tradisi pemberian duit raya yang sepatutnya sebagai sedekah untuk menggembirakan...

Pisau Buah Terpacak Di...

KAKITANGAN sebuah hospital di China terkejut ketika melintasi seorang pesakit lelaki yang sedang...

Peminat Dakwa Sombong, Elfira...

UMUM sudah tahu pelakon Elfira Loy kini berada di kota suci Makkah bagi menunaikan...

Blackout 505: “Saya Akan Lawan” – Nik Nazmi

KUALA LUMPUR – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa dakwaan mahkamah yang dihadapinya buat kali ketiga terhadap pertuduhan menganjurkan perhimpunan Blackout 505 merupakan satu pembaziran sumber.

Justeru, beliau menegaskan akan melawan pendakwaan tersebut melalui tiga peguamnya kerana mendakwa pertuduhan tersebut bermotifkan politik.

“Tindakan mendakwa saya kali ketiga bawah Akta Perhimpunan Aman meskipun telah dibebaskan jelas bermotifkan politik dan pembaziran sumber.

“Tapi saya akan lawan!” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Media semalam melaporkan Nik Nazmi didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya terhadap pertuduhan menganjurkan perhimpunan Blackout 505 tanpa kebenaran, dua tahun lalu.


Bagaimanapun, hanya pertuduhan dibacakan. Tiada pengakuan direkodkan di hadapan Hakim Azwarnida Apandi.

Pertuduhan yang dikemukakan terhadap Nik Nazmi, 33, hari ini merupakan kali ketiga dia didakwa terhadap pertuduhan sama. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori