Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Wan Sharmila Tak Rasa...

KUALA LUMPUR - Sungguhpun sering diberi peranan sebagai pelakon pembantu atau tempelan, aktres...

Mangsa Banjir Di Kedah...

SUNGAI PETANI - Jumlah mangsa banjir di Kedah pagi ini kekal 213 mangsa...

Air Mani Lembu Berharga...

Le Roy (Amerika Syarikat) - Air mani dan embrio lembu berharga AS$70,000 (RM257,000)...

Bunga Sakura Taiwan, Tidak...

RATA-rata rakyat Malaysia sememangnya sukakan melihat bunga-bungaan apabila mereka melancong ke negara luar. Apabila...

Boleh Jadi Pemilik Restoran Jika Habiskan Makanan Ini!

KEBIASAANNYA cabaran menghabiskan makanan dalam satu jangka masa tertentu akan diberi pengiktirafan Wall of Fame dan sajian itu diberikan secara percuma.

Namun, berlainan dengan sebuah restoran di Mexico, Don Chingon yang terletak di Flatbush, New York ini, ganjaran yang diberikan adalah sesuatu yang amat bernilai.

Sekiranya pelanggan boleh menghabiskan sajian burrito (makanan orang Mexico, roti tortilla yang diisi beraneka inti) seberat 14 kilogram dalam masa sejam, individu itu akan memperoleh sebanyak 10 peratus saham restoran tersebut.

food1

Ianya juga sekaligus melayakkan mereka menjadi rakan kongsi serta pemilik bersama restoran.


Bukan mudah nak menang sebab ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi antaranya, peserta perlu menghabiskan ‘permainan’ dengan meminum sekali minuman margarita pedas yang direka pemilik selain pihak restoran tidak akan menanggung sebarang risiko kecederaan atau kematian sekiranya berlaku.

Jika peserta tidak berjaya menghabiskan cabaran, mereka perlu membayar bil makanan itu yang berjumlah sebanyak USD$150 (RM625). – MYNEWSHUB.CC

food2

[youtube http://www.youtube.com/watch?v=v3PKRyrtOdA&w=560&h=315]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori