JAKARTA – Seorang pengatur cara komputer mengaku meletakkan bom di dalam tandas sebuah pasar raya di sini sebelum memeras ugut pihak pengurusan untuk mendapatkan wang.
Leopard Wisnu Kumala ditahan kelmarin susulan letupan bom kecil di dalam tandas pasar raya Mal Alam Sutera pada Selasa lalu yang mencederakan seorang lelaki.
Jurucakap polis, Krishna Murti berkata, selepas serangan itu, Leopard memeras ugut menghantar e-mel kepada pihak pengurusan pasar raya untuk mendapatkan wang.
“Sebenarnya ini kali keempat suspek melakukan serangan serupa dan memperoleh wang Rp320 juta (RM100,900).
“Suspek menggunakan kepakarannya dalam bidang komputer supaya pihak berkuasa tidak dapat menjejaki e-mel yang dikirimnya.
“Wang dimasukkan juga menggunakan akaun dalam Internet, Bitcoin yang sukar dikesan polis,†katanya.
Suspek juga dipercayai belajar membuat bom melalui Internet.
“Pemeriksaan di rumah suspek menemui lima lagi bom termasuk satu diletakkan dalam kotak rokok.
“Kami percaya suspek mungkin merancang melakukan serangan yang sama,†jelasnya. – Agensi/myMetro Online