Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

MARA Longgar Syarat Tajaan...

PUTRAJAYA - Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan melonggarkan syarat penajaan kepada pelajar daripada...

Petronas, Nestle, JKJR Lancar...

KUALA LUMPUR - Petronas Dagangan Berhad (PDB), Nestle dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya...

Tradisi Rumah Terbuka Erat...

KUANTAN - Amalan kunjung mengunjungi dan rumah terbuka setiap kali menjelang musim perayaan...

Bas Mini Bukan Aspirasi...

1. Wawasan 2020 adalah dasar pandangan jauh dikemukakan Tun Dr. Mahathir sewaktu menjadi...

Bomba Perkasa Peranan Komuniti Hadapi Banjir

PASIR MAS – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menggunakan modul pengurusan bencana banjir yang memberi fokus kepada penglibatan komuniti setempat sebagai langkah persediaan menghadapi bencana banjir tahun ini.

Ketua Pengarahnya Datuk Wan Mohd Nor Wan Ibrahim berkata modul tersebut telah dilaksanakan di Kemaman, Terengganu tahun lepas dan berjaya meminimumkan kesan bencana banjir terhadap masyarakat setempat.

“Kami dapati penglibatan komuniti dalam pelan tindakan pengurusan banjir memberi kesan positif kepada gerak kerja menyelamat yang lebih teratur dan lancar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Pengurusan Bencana Peringkat Komuniti Negeri Kelantan di Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas di sini, hari ini. Turut hadir Pengarah JBPM Kelantan, Azmi Osman.

Kursus kali kedua yang diadakan di Kelantan itu disertai 150 pemimpin masyarakat jajahan Pasir Mas yang menekankan aspek persediaan dan peranan mereka dalam menghadapi banjir.

Wan Mohd Nor berkata berdasarkan modul tersebut pemimpin masyarakat akan mengenal pasti lokasi pemindahan tertentu yang akan mempercepatkan proses pemindahan jika berlaku banjir.

Beliau berkata penambahbaikan pengurusan bencana sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa dengan mengambil kira pengalaman menyelamat di negeri-negeri yang terjejas banjir sebelum ini.


“Kami juga sedang memperkemas hubungan kerjasama dengan agensi penguat kuasa lain bagi menentukan mekanisme berkesan menghadapi banjir tahun ini,” katanya.

Wan Mohd Nor berkata JBPM juga telah menambah asetnya termasuk penyediaan 600 buah bot, 100 buah lori selain set janakuasa pada tahun ini.

“Kami harap dapat memperbaiki kelemahan dan belajar daripada pengalaman lepas untuk memberi khidmat yang terbaik kepada masyarakat,” katanya.

Beliau turut menasihati masyarakat agar mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa jika diminta untuk berpindah bagi mengelak sesuatu yang tidak diingini berlaku semasa banjir. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori