Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Mekanik Kena ā€˜Belasahā€™ Memandu...

JOHOR BAHRU ā€“ Seorang mekanik berdepan situasi cemas apabila dia dipukul tiga lelaki...

Tiada Kenaikan Tarif Elektrik...

PUTRAJAYA: Pengguna komersial dan industri akan mengalami penurunan kadar surcaj Ketidakseimbangan Pelepasan Kos...

2 Suspek Kes Tahan,...

SEREMBAN - Polis menahan dua lelaki dan sedang memburu tiga yang lain kerana...

Xiaomi Mi A2 Tingkat...

KUALA LUMPUR - Bersempena dengan pelancaran telefon pintar baharu Mi A2, Xiaomi dengan...

Bomba Terengganu Pertingkat Latihan Hadapi Banjir

HULU TERENGGANU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu sentiasa mempertingkatkan latihan dan persiapan dalam usaha menghadapi ancaman bencana alam termasuk banjir yang sering melanda negeri ini.

Ketua Cawangan Pengurusan Balai dan Operasi Bomba Negeri Mohamad Zulkhairul Mohamad Razilah berkata berikutan itu beberapa siri latihan dibuat bagi memberi pendedahan dan meningkatkan kemahiran pegawai serta anggota ketika berdepan situasi sebenar.

“Antara yang difokuskan ialah menyelamat di air, pengendalian bot dan pelbagai latihan pertolongan cemas…dengan latihan ini ia akan memberi pendedahan kepada kemahiran dan kecekapan anggota yang terlibat.

“Secara tidak langsung, kursus ini akan menilai kemampuan dan ketahanan diri setiap anggota dalam menghadapi suasana yang sukar,” katanya kepada pemberita selepas kursus simulasi banjir di sini Selasa.

Menurutnya, latihan ini dilakukan secara berperingkat dan turut dilaksanakan pada waktu malam yang membabitkan kawasan laut, tasik dan darat bagi memberi gambaran sebenar ketika bencana itu melanda.

Jelasnya semasa kursus tiga hari simulasi banjir di Tasik Kenyir Ahad lepas, sebanyak 30 peserta dari balai bomba seluruh Terengganu menyertainya dengan dibimbing lima jurulatih.


Beliau berkata selain memperkemaskan kekuatan anggota, pihaknya turut memberi penekanan aspek peralatan serta kelengkapan menyelamat sentiasa berfungsi dengan baik.

Katanya, persediaan ini bukan sahaja untuk bencana banjir, malah meliputi kejadian tanah runtuh, ombak besar, kemalangan di laut dan darat.

Zulkhairul berkata bagi menghadapi bencana berkenaan, 700 pegawai dan anggota serta aset diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga dan mampu digerakkan bila-bila masa. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori