HANYA kerana enggan menunjukkan anak anjing peliharaannya, seorang budak perempuan berusia 8 tahun maut ditembak oleh budak lelaki berusia 11 tahun dalam kes yang mengejutkan penduduk di Knoxville.
Budak perempuan itu dikenali sebagai Maykayla Dyer. Dia ditembak dengan senapang patah di bahagian dada menerusi tingkap.
Suspek kemudiannya melemparkan senapang patah berkenaan di sebelah mayatnya,
Budak lelaki itu telah ditangkap dan didakwa dengan tuduhan bunuh dan keputusan sama ada dia akan dibicarakan sebagai dewasa atau juvana hanya akan ditentukan oleh hakim, tidak lama lagi. – MYNEWSHUB.CC
https://youtu.be/tlKx_fecjxk