Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

436 Terbunuh, Rugi RM1.4...

JAKARTA - Selepas lebih seminggu, jumlah korban gempa bumi Lombok kini mencecah 436...

2 Rakan Mati Lemas...

KUANTAN - Dua rakan mati lemas ketika sedang mandi-manda di Air Terjun Hutan...

JAIS Serbu Rumah Keluarga,...

ALKISAH Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada Ahad lalu telah bertindak menyerbu rumah...

Sampel Kes Positif Di...

KUALA LUMPUR - Empat sampel kes positif COVID-19 yang diperoleh hasil saringan di...

Buta Sekejap Apabila Gam Disangkakan Ubat Titis Mata

NAYA apabila gam disangkakan ubat titik mata.

Itulah yang terjadi kepada seorang wanita dari Florida, Amerika Syarikat, Katherine Gaydos, 28, apabila rakannya secara tidak sengaja telah memberikan sebotol gam yang disangkakannya sebagai ubat titik mata.

Insiden itu berlaku ketika mereka berdua sedang membersihkan halaman rumah Katherine dan ketika sedang mengemas, mata Katherine dimasuki habuk daun kering.

eye1

Katherine kemudian meminta tolong rakannya itu untuk memberikannya ubat titis tersebut, namun lain pula jadinya apabila yang diambilnya itu adalah sebotol gam.

Menurut wanita malang itu, dia menyedari telah tertuang gam sebaik titisan pertama gam jatuh ke matanya.


Sebaik merasakan panas di bahagian tersebut, dia terus menjerit dan mengarahkan kawannya menghubungi talian kecemasan 911.

Doktor yang merawatnya menasihatkan Katherine menjalani pembedahan atau dia akan kehilangan deria penglihatan sebelah kiri buat selama-lamanya.

Namun sebenarnya, Katherine tidak memerlukan pembedahan apabila beberapa hari kemudiannya matanya sudah boleh dibuka semula dan menurut pakar, gam tidak boleh menyebabkan seseorang itu buta.

Bagaimanapun, sekiranya anda berhadapan dengan situasi seperti ini, perkara utama yang perlu dibuat adalah jangan panik sebaliknya terus pergi berjumpa doktor bagi merawatnya sebelum menjadi lebih parah. – MYNEWSHUB.CC

[youtube http://www.youtube.com/watch?v=kdiadbME_Qg]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori