Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Ibu Sahkan Lindsay Lohan...

KONTROVERSI membabitkan pelakon dan penyanyi Hollywood, Lindsay Lohan yang dikatakan telah memeluk Islam...

JBPM Kedah Keluar 200...

ALOR SETAR - Sebanyak 200 notis pelbagai kesalahan berkaitan aspek keselamatan kebakaran telah...

Video Ira Kaza Gelek...

BELUM pun reda isu video tarian gelek , anak kepada pelakon dan penyanyi...

Utama Kemenangan PRU14, Bukan...

VETERAN UMNO mengingatkan kesemua pemimpin yang berhasrat untuk bertanding merebut jawatan dalam Majlis...

Cabaran Chong Wei Berakhir Di Pusingan Kedua Terbuka Denmark

KUALA LUMPUR – Cabaran negara di kejohanan badminton Siri Super Terbuka Denmark berakhir selepas wakil tunggal, Datuk Lee Chong Wei tersingkir di pusingan kedua awal pagi ini waktu Malaysia.

Chong Wei yang masih tercari-cari sentuhannya selepas tewas di final Kejohanan Dunia, Ogos lepas, tunduk kepada pemain Hong Kong, Wei Nan 18-21, 19-21 dalam pertarungan yang berlangsung selama 45 minit di Odense Sports Park, Odense.

Bulan lalu, Chong Wei gagal melepasi pusingan kelayakan Terbuka Korea, iaitu kali pertama tidak layak bermain dalam undian sebenar sejak Siri Super diperkenalkan pada 2007.

Chong Wei, 32, mara ke pusingan kedua Terbuka Denmark selepas memulakan kempennya dengan menundukkan pilihan kelapan, Kashyap Parupalli dari India 21-14, 21-15.


Wei Nan, kini akan berdepan dengan juara dunia yang juga pemain nombor satu dunia, Chen Long dari China di suku akhir hari ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori