Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Boeing Sasar Jual 42,700...

LARIS... Pengeluar pesawat terbesar di dunia, Boeing Co me­ningkatkan unjuran permintaan industri untuk...

Khidmat Bas 2 Tingkat...

SHAH ALAM - Rapid Bus Sdn Bhd, pengendali bus RapidKL hari ini memperkenalkan...

Askar Wataniah Perlu Bersemangat...

ARAU - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan Askar Wataniah...

Jean Koyak Di Punggung...

KOREA selatan kini dilanda trend baru, iaitu remaja perempuannya gemar memakai seluar jean koyak...

Cadangan Loji Tenaga Elektrik Kuasa Gas Di Sandakan

KOTA KINABALU – Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air akan mengemukakan cadangan pembinaan sebuah loji tenaga elektrik 380MW menggunakan kuasa gas di Sandakan kepada Kabinet sebelum akhir tahun ini untuk mendapatkan kelulusan muktamad, kata menteri berkenaan Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili.

Di bawah cadangan itu, gas akan disalurkan dari Tuaran ke Sandakan melalui sistem paip, yang merentasi beberapa daerah, termasuk Tuaran, Kota Belud, Kota Marudu dan Beluran bagi memenuhi permintaan terhadap tenaga elektrik di pantai timur Sabah.

Ongkili berkata cadangan itu diluluskan pada dasarnya oleh Majlis Ekonomi tetapi maklumat terperinci mengenainya diperlukan untuk dibentang kepada Kabinet bagi tindakan lanjut.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat pertama Panel Perundingan Tenaga Sabah di sini, hari ini.


Panel itu ditubuhkan Suruhanjaya Tenaga sebagai inisiatif untuk membincangkan isu berkaitan status bekalan tenaga elektrik di Sabah dan sebagai platform untuk menyumbangkan idea serta cadangan kepada kerajaan dalam melaksanakan langkah praktikal dan berkesan dari segi kos untuk membekalkan tenaga elektrik di negeri ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori