CELCOM menjadi syarikat telekomunikasi pertama yang secara terbuka menawarkan peranti terbaru daripada Apple, iaitu iPhone 6s dan 6s Plus.
Ini secara tidak langsung membuka peluang untuk menempah seawal 9 Oktober 2015, iaitu seminggu sebelum tarikh ia dilancarkan secara rasmi.
Pengguna yang berminat boleh mendaftar di cawangan Blue Cube terpilih berdekatan pada 9 Oktober 2015 sebelum mengambil telefon masing-masing pada 16 Oktober.
Namun Celcom masih belum mendedahkan cawangan tersebut.
iPhone dijangka ditawarkan pada harga dan pakej yang sama seperti sebelum ini.
Malaysia akan bersama India dan Turki, memulakan jualan telefon pintar iPhone 6s & 6s Plus pada hari Jumaat, 16 Oktober 2015.
Tarikh ini kurang dari 16 hari dari sekarang. Malaysia dikira berada dalam gelombang ke-4, dengan tarikh penjualan pada 16 Oktober ini.-Mynewshub.cc
Sumber: Celcom
https://www.youtube.com/watch?v=BxxUr4nxXXk