BERITA malang kepada seorang wanita, cubaannya untuk menyaman anak saudaranya yang berusia 12 tahun tidak berjaya apabila dia gagal dalam kes berkenaan.
Wanita itu Jennifer Connell, sebelum ini mengejutkan ramai apabila dia mengambil keputusan menyaman anak saudaranya lebih RM500,000.
Juri kes berkenaan menolak tuntutan itu kerana beranggapan bukan anak saudaranya yang cuai dalam kejadian berkenaan dan ia berlaku empat tahun lalu ketika budak itu berusia lapan tahun.
Connell mendakwa dia terpaksa berbuat demikian kerana mahu anak saudaranya itu yang kematian ibu, tahun lepas supaya bertanggungjawab terhadap perbuatannya.
“Dia melompat dan ketika saya menangkapnya, dia terjatuh ke atas saya.
“Saya masih ingat dia menjerit ‘makcik Jen saya sayang awak’ ketika melompat ke arah saya,” katanya.
Connell berkata kecederaan yang dialaminya itu telah mengganggu kehidupannya di Manhattan.
Budak itu, hadir di mahkamah bersama dengan bapanya Michael Tarala. – MYNEWSHUB.CC