Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk...

Tun Dr M Dan...

KUALA LUMPUR - Beberapa ketika sebelum bermulanya ucapan dasar Presiden UMNO Datuk Seri...

‘Main’ 334 Kali Dengan...

DURJANA... Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen Ampang atas 334 pertuduhan sumbang mahram...

3 Beranak Maut MPV...

KUALA LIPIS - Tiga beranak maut manakala seorang lagi parah apabila kenderaan pelbagai...

Dadah Ditemui Dalam Poket Seluar Mangsa Kemalangan

SETIU – Seorang pegawai perubatan menemui sejumlah dadah pada seorang mangsa kemalangan yang pada mulanya menerima rawatan di Hospital Setiu minggu lepas.

Mangsa berumur lingkungan 30-an yang keretanya dirempuh sebuah motosikal di Kampung Batu 24, Jalan Sungai Tong.

Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Elias Abu Bakar berkata ketika melakukan pemeriksaan ke atas mangsa, pegawai perubatan berkenaan menemui sembilan botol plastik dipercayai mengandungi dadah jenis heroin seberat 44.37 gram di dalam poket seluar mangsa.

“Suspek yang kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu ditahan reman sehingga Selasa ini untuk siasatan lanjut,” katanya.


Sementara itu dua lelaki diberkas dan pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM16,000 dirampas daripada mereka di Kampung Seri Aman di sini Khamis lalu.

Elias berkata ditemui 852 biji pil kuda dan ketulan kristal disyaki syabu yang dianggarkan seberat 60.10 gram dalam kereta kedua-dua rakan itu. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • dadah

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori