Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Status Di Laman Sosial...

KUALA LUMPUR - Linda (bukan nama sebenar) memuat naik status di laman sosial...

Tun M Kisah Derma...

ACARA Majlis Bersama Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin di dewan Kelab...

Dr Akmal Ditahan Bantu...

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata Ketua Pemuda UMNO,...

Gajah Pygmy Dibunuh Kejam,...

KOTA KINABALU - Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah menyifatkan kematian gajah pygmy di...

DAP Iktiraf Liong Sik Sekutu Untuk Jatuhkan Najib

KUALA LUMPUR – DAP mengiktiraf bekas Presiden MCA, Tun Dr. Ling Liong Sik sebagai sekutu parti itu bagi menentang UMNO dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang membayangkan perkara itu menerusi satu kenyataan medianya mengenai bekas Presiden MCA itu hari ini.

Kata Kit Siang, Liong Sik kini mendapat penghormatan DAP kerana berusaha menjatuhkan Najib melalui kenyataan yang dibuat kepada pihak media secara terbuka.

“Liong Sik mendapat penghormatan saya kerana meminta Najib meletakkan jawatan. Sangat sedih kerana beliau telah dipinggirkan oleh pemimpin MCA sedia ada,” katanya dalam kenyataan itu.

Liong Sik yang pernah dituduh berhubung skandal projek pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) baru-baru ini, menggesa Najib meletak jawatan.


Umum turut mengetahui, Liong Sik merupakan rakan baik kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sedang giat menyerang kredibiliti Najib.

Beliau berada bersama-sama dengan Mahathir sewaktu bekas Perdana Menteri itu menyarankan orang ramai supaya menjatuhkan Najib melalui demonstrasi jalanan.

– MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori