Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

EXCO Johor Dilantik Dalam...

JOHOR BAHRU - Ahli Majlis Kerajaan Negeri (EXCO) Johor yang baharu akan dilantik...

Bazar Ramadan: NGO Bantah...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Bertindak Bazar Ramadan 2019 hari ini menyerahkan referendum membantah...

Lemas Ketika Bantu Mangsa...

KUALA KRAI - Seorang lelaki ditemukan lemas selepas terjatuh dari perahu ketika dalam...

Video: Kejam… Polis Halau,...

SEBUAH rakaman video yang memaparkan seorang lelaki yang dipercayai anggota polis sedang menghalau...

DAP Dakwa Pelajar SK Tohoi Mati Kerana Salah Kerajaan

KUALA LUMPUR – DAP secara tidak berasas menyalahkan Kementerian Pendidikan berikutan kematian seorang pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Tohoi, Gua Musang, Kelantan yang dilaporkan hilang sejak 23 Ogos lalu.

Timbalan Pengerusi Wanita DAP Pulau Pinang, Kasthuri Patto berkata, kematian kanak-kanak tersebut kononnya kerana Kementerian Pendidikan gagal menjamin prasarana yang kondusif dan selamat untuk pelajar SK Tohoi.

“Pokok persoalannya adalah bagaimana pengawal keselamatan, jika ada seorang pengawal, membenarkan atau terlepas pandang kanak-kanak semuda 7 hingga 11 tahun yang telah menyelinap keluar dari perkarangan SK Tohoi tanpa pengetahuan pihak sekolah.

“Apakah keadaan sebenar sekolah tersebut sehingga kanak-kanak ini terpaksa berlari keluar untuk mandi di sungai yang berdekatan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Pada 23 lalu, tujuh murid Orang Asli iaitu enam perempuan dan seorang lelaki berusia antara 7 dan 11 tahun dari SK Pos Tohoi, bertindak melarikan diri dari asrama sekolah kerana takut dikenakan tindakan oleh guru selepas mereka dikesan mandi di sungai tanpa kebenaran.

Tujuh murid terbabit ialah Juvina David, 7; Linda Rosli, 8; Sasa Sobrie, 8; Ika Ayel, 9; Haikal Yaakob, 8; Norieen Yaakob, 10, dan Miksudiar Aluj, 11, dan kesemuanya berasal dari Kampung Gawin dan Penad. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori