Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Mangsa Banjir Di Pahang,...

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Pahang...

Dewan Pemuda PAS Selar...

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyelar hasrat Pengerusi Pakatan Harapan...

Tottenham Larang Seumur Hidup...

LONDON -  Tottenham Hotspur mengeluarkan larangan seumur hidup ke atas dua penyokong yang...

Wak Doyok Kena Ganggu,...

SEJAK akhir-akhir ini nama Wak Doyok mendapat perhatian media gara-gara kontroversi membabitkan dirinya hingga...

Dedahkan Kandungan TPPA Kepada Ahli Parlimen – PKR

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu teks Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) didedahkan kepada setiap Ahli Parlimen.

Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar berkata, Ahli Parlimen perlu juga diberi masa yang cukup untuk meneliti kandungan TPPA yang didakwa mencecah hampir 1,000 muka surat.

“Malaysia mestilah mendapat manfaat daripada perjanjian ini. Rakyat harus dilindungi daripada terkesan daripada penguatkuasaan perjanjian ini.

“Isu-isu yang timbul seperti kenaikan harga ubat-ubatan, perlindungan yang ketat ke atas harta intelek, status syarikat berkaitan kerajaan dan nasib IKS wajib dipantau dengan efektif,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Nurul Izzah dalam pada itu meminta semua pihak termasuk Ahli Parlimen supaya berani menolak TPPA jika kandungannya tidak memberi manfaat kepada rakyat Malaysia.

“Perjuangan untuk memastikan TPPA dimeterai bersyarat kepentingan serta kedaulatan negara dipertahan akan diteruskan. Kami terus berjuang hingga ke saat yang terakhir,” dakwanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori