Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Persatuan, Kelab Bola Sepak...

KUALA LUMPUR - Meskipun Harimau Malaya gagal meraih gelaran Juara Piala AFF Suzuki...

Nenek 47 Tahun Dapat...

SIAPA sangka wanita ini sebenarnya merupakan seorang ibu dan nenek kepada dua orang...

Video: Penumpang Grabcar Licik,...

SINGAPURA - Seorang lelaki yang menaiki sebuah teksi 'Grabcar' menyamun pemandunya dalam kejadian...

Banjir Di Kelantan Luar...

PASIR MAS - Banjir yang berlaku di Kelantan terutama di Rantau Panjang adalah...

Devamany Akan Bertanding Dalam Pemilihan MIC

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Datuk Seri S. K. Devamany mengesahkan bahawa beliau akan bertanding dalam pemilihan semula parti bulan depan dan mengumumkan jawatan ditandinginya menjelang akhir minggu ini.

“Saya akan membuat pengumuman beberapa hari lagi, dalam minggu ini … saya akan mengumumkan jawatan yang saya mahu tandingi,” katanya kepada Bernama hari ini.

Pencalonan untuk kesemua 23 jawatan bagi Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) dijadualkan pada 25 Oktober dan pemilihan semula akan diadakan pada 6 November, diikuti mesyuarat agung tahunan (AGM) pada hari berikutnya, yang akan berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Pemilihan bagi Wanita, Pemuda, Putera dan Puteri MIC ditetapkan pada 18 Oktober.

Devamany berkata beliau tidak mahu membuat pengumuman awal kerana bimbang akan menimbulkan perpecahan dan mewujudkan puak-puak di kalangan anggota parti.

“Kami sedang berusaha menjalankan pemilihan semula dengan cara sebaik mungkin kerana kita semua berada di pihak Presiden (Datuk Seri Dr. S. Subramaniam). Kami mahu semua calon bertanding secara sihat,” tegas beliau.

Pada 2 Oktober, anggota CWC MIC dan Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan menyatakan hasrat untuk bertanding tetapi belum membuat keputusan sama ada akan bertanding bagi jawatan naib presiden atau kerusi CWC.

Sementara itu, pada 26 September, Naib Presiden MIC, Datuk M. Saravanan, yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan mengesahkan akan bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden.


RoS membatalkan keputusan pemilihan yang diadakan pada November 2013 berikutan aduan berlakunya penyelewengan dalam proses pemilihan parti. Ia kemudiannya mengarahkan anggota CWC yang dipilih pada 2009 mengendalikan pemilihan semula parti.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 15 Jun menolak permohonan semakan kehakiman bekas presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel dan empat indvidu lain untuk mencabar arahan RoS supaya diadakan pemilihan semula parti.

Devamany, yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, berharap sebarang pertandingan yang diadakan hendaklah dilakukan secara sihat demi kepentingan parti dan masyarakat India.

“Kami perlu memastikan bahawa pemimpin yang dipilih hendaklah relevan kepada masyarakat, yang akan mengembalikan sokongan dan kepercayaan terhadap parti dan juga berada dalam sistem politik,” katanya.

Setakat ini, MIC selesai mengadakan pemilihan di peringkat cawangan pada Julai lalu manakala peringkat bahagian pada bulan lepas. Semasa pemilihan presiden pada 21 Ogos, Subramaniam menang tanpa bertanding bagi jawatan presiden bagi penggal 2013-2016. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MIC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori