Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Penganggur Belasah Lelaki Jumpa...

ALOR SETAR - Akibat cemburu, seorang penganggur membelasah seorang lelaki menggunakan senjata tajam...

“Tak Semua Benda Boleh...

KECOH semalam apabila suami pelakon Nora Danish iaitu Nedim Nazri Aziz memuat naik...

Cuepacs Gesa Kerajaan Segera...

KUCHING - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu supaya kerajaan...

Kerajaan Akan Tubuh Jawatankuasa...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menubuhkan jawatankuasa kebangsaan untuk memantau, memudahkan dan mengawal...

Dewan Rakyat Bincang Usul Isu Jerebu

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul untuk membincangkan situasi jerebu yang melanda negara pada petang ini.

Usul yang dibawa oleh Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan) diluluskan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee setelah berpuas hati bahawa usul itu memenuhi tiga kriteria utama iaitu merupakan perkara tertentu, berkepentingan orang ramai dan perlu disegerakan.

“Oleh itu saya membenarkan usul ini dibahaskan mengikut Peraturan Mesyuarat 18 3(b) yang perbahasannya bermula pukul 4.30 petang dan akan ditangguhkan pada 5.30 petang.

“Perbahasan akan dibenarkan selama 30 minit dan kerajaan akan menjawab selama 30 minit,” katanya.


Hee dalam usulnya berkata usul itu perlu dibincangkan memandangkan masalah jerebu telah berlarutan tanpa penyelesaian sejak sekian lama serta menjejaskan pelbagai pihak di negara ini termasuk penangguhan sesi persekolahan.

“Dewan perlu bahas permasalahan jerebu dan cari cara terbaik untuk menangani jerebu rentas sempadan ini,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori