LUMRAH sesuatu pertandingan, setiap orang pastinya mempunyai pendapat dan pilihan tersendiri terhadap calon yang dipertandingkan.
Begitu jugalah yang dirasai oleh pengarah drama terkenal, Michael Ang yang berani meluahkan rasa tidak puas hatinya apabila anak kelahiran Singapura, Sufi dinobatkan sebagai Juara Akademi Fantasia (AF) 2015.
BACA: Isu Juara AF, Saya Tak Kenal Michael Ang – Edry
Susulan itu, Edry selaku pengetua AF 2015 menerusi satu kenyataan menyifatkan pendapat pengarah drama M.A.I.D itu tidak relevan kerana bukan berada dalam bidang muzik.
Mungkin kesal dengan kenyataan Edry, Michael menerusi laman Facebooknya bertindak menegur sikap Edry dengan menyifatkan karyawan muzik itu sebagai individu yang tidak boleh menerima pendapat.
Jelas Michael lagi, dia juga tidak pernah bersikap rasis ataupun mempertikaikan kemenangan Sufi seperti yang disalah faham oleh rakyat Singapura dalam status Twitternya.
“Pada orang Singapura sila faham saya bukan anti Singaporean untuk bertapak di Malaysia! Saya Hanya komen pasal Sufi as a MATTER OF PREFERENCE! Saya tak pernah mempertikaikan kemenangan Sufi. Dia Boleh nyanyi dengan bagus tapi cuma saya tak minat sangat lebih minat suara BILA itu namanya PREFERENCE.
“Ada benda you suka I tak suka ada benda I suka you tak Suka! That is all! So tak payah nak bagi komen yang berbau racist or patriotisma! And pada keratan suratkhabar ni saya bagi pendapat sebagai peminat and pendengar muzik.
“Kalau pendapat kita yang beli lagu tak relevant pendapat siapa yg relevant? Itu namanya buat lagu SYOK SENDIRI! Sama jugak pendapat CEK TA Dia sepatutnya terima bukan maki Cek Ta balik! So kalau tak main badminton aku tak boleh la komen pasal permainan pemain tersebut? Mentality bodoh apa ke tu? Jangan jadi katak bawa tempurung, kalau tak macam tu macam tu aje lagu-lagu kita!” tulisnya berang.
Jika difikirkan, ada benarnya apa yang diungkapkan Michael.
Setiap orang pastinya mempunyai pendapat masing-masing. Sama ada mahu terima atau tidak, itu terpulang pada individu. Tidak salah sekiranya, Edry buka sedikit minda untuk menerima segala pendapat orang ramai. – MYNEWSHUB.CC