Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

10,000 Liter Diesel Dihantar...

KUCHING - Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Sarawak telah menghantar...

Posmen Pos Malaysia Naik...

KUALA LUMPUR - Walaupun banyak kawasan di beberapa negeri terjejas teruk selepas bencana...

Senarai Penuh Calon BN...

IPOH - Berikut adalah senarai calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding di...

Mesin Bunuh Diri Di...

SEBUAH ‘pod bunuh diri’ yang membolehkan penggunanya menamatkan riwayat mereka sendiri dengan hanya...

Dipecat Kerana Lepaskan ‘Angin’ Terlalu Busuk

TRENTON (Amerika Syarikat) – Seorang lelaki menyaman bekas majikannya selepas dia dipecat kerana didakwa sering terkentut dan mengeluarkan bau yang sangat busuk.

Rich Clem dan isterinya, Louann bekerja di sebuah kedai menjual daging di bandar ini sebelum dia diarahkan untuk bekerja dari rumah.

Majikannya mengarahkan Clem bekerja dari rumah kerana mendakwa lelaki itu sering terkentut dan mengeluarkan bau yang terlalu busuk sehingga menjejaskan perniagaan.

Clem yang mempunyai berat badan 190 kilogram (kg) mengalami masalah angin badan dan cirit-birit yang teruk selepas menjalani pembedahan pintasan usus.

Dia mengemukakan saman dan mendakwa dilayan secara tidak adil serta menjadi mangsa diskriminasi majikannya.


Clem juga mendakwa dia diberhentikan kerja selepas enggan menuruti arahan majikannya itu.

Pemilik kedai itu, Thomas Dolan berkata, bau kentut Clem yang terlalu busuk mengganggu pelanggan yang datang ke premis itu.

“Bau yang terlalu busuk itu juga menjejaskan aroma dan kesegaran daging yang kami jual,” katanya. – Agensi

https://youtu.be/BQj2KN6KyIM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori