Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Aksesori, Cecair Vape ‘Beracun’...

JOHOR BAHARU - Sebanyak 6,924 botol cecair berperisa untuk rokok elektronik atau vape...

Ahmad Razif Terkejut Dicalon...

KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif merasa terkejut apabila...

Petronas Agih Bekalan Mentah...

KOTA BAHARU - Petronas mengagihkan bekalan mentah bernilai RM100,000 untuk kegunaan mangsa banjir...

Comel, Budak Pandu Kereta...

COMEL! Itu yang terungkap tatkala melihat video seorang kanak-kanak memandu sebuah kereta sambil...

Dr Zainul Rashid Tokoh Maal Hijrah 1437 Selangor

SHAH ALAM – Timbalan Dekan Siswazah dan Hubungan Antarabangsa, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof. Dr. Zainul Rashid Mohamad Razi dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah 1437H Negeri Selangor sempena sambutan Maal Hijrah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hari ini.

Beliau menerima wang tunai RM20,000, pingat Maal Hijrah, sijil penghargaan, sepersalinan pakaian serta pakej mengerjakan umrah yang disampaikan Tengku Sulaiman Shah yang mewakili Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Dr. Zainul Rashid, 57, yang juga pakar Obstetik dan Ginekologi serta Kesuburan PPUKM ketika ditemui pemberita berkata, beliau bersyukur dan gembira kerana sumbangannya terhadap negara dihargai kerajaan negeri.

“Terima kasih atas penghargaan ini…anugerah ini merupakan permulaan untuk saya memberikan yang terbaik terutamanya dalam bidang perubatan negara,” katanya.

Majlis itu turut mengiktiraf Tokoh Saudara Kita yang disandang Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Nur Athiroh Masyaail Abdullah, 40, atas sumbangannya dalam bidang penulisan berkaitan Islam dan aktiviti dakwah.


Tokoh Keluarga Mithali pula dianugerahkan kepada pasangan Harun Ahmad, 68, dan Nuraini Ismail, 63, kerana kegigihan membesarkan sembilan anak yang berjaya dalam kerjaya masing-masing.

Mereka masing-masing menerima wang tunai RM10,000, sijil penghargaan, pingat Maal Hijrah, sepersalinan pakaian serta pakej mengerjakan umrah.

Kira-kira 3,000 orang hadir ke majlis sambutan‎ Maal Hijrah di sini yang bertemakan ‘Umat Bermuafakat Negeri Berkat’. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori