Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Terhad! Busana Raya Eksklusif...

KHAMIS ini menjelmalah Ramadan maka kita semua akan menjalani ibadah puasa. Sesungguhnya Ramadan...

Tun Abdul Taib Meninggal...

Kuching : Bekas Yang di-Pertua Negeri yang juga Ketua Menteri paling lama di...

PAS, UMNO Tangguh Rundingan...

MARANG - PAS mengambil keputusan menangguhkan perbincangan pengagihan kerusi Pilihan Raya Umum ke-15...

Bekas Jeneral Dipenjara Pada...

SANTIAGO - Keluarga bekas jeneral tentera Chile menyifatkan tindakan mahkamah negara itu dipenuhi...

Dua Cip Pemproses A9 Bebeza Digunakan Pada iPhone 6s/6s Plus

PERANTI terbaru daripada apple, iaitu iPhone 6s dan 6s Plus kedua-duanya diperkasakan dengan cip pemproses Apple A9.

Namun mungkin ramai tidak tahu Apple menggunakan pemproses yang dihasilkan oleh Samsung dan juga TSMC.

Kini muncul bukti terdapat perbezaan dari segi kemampuan memproses dan ketahanan bateri bergantung kepada pemproses A9 mana yang digunakan di dalam peranti.

Secara keseluruhan iPhone 6S dan 6S plus yang dilengkapi A9 keluaran TSMC akan mencatatkan markah penanda aras lebih tinggi dan bateri yang bertahan sejam lebih lama berbanding A9 keluaran Samsung.

Dari segi penggunaan harian, perbezaan penanda aras ini tidak akan disedari oleh pengguna kerana terlalu kecil.

Perbezaan dari segi ketahanan bateri adalah lebih nyata kerana sejam adalah perbezaan yang besar dalam penggunaan seharian.

Pihak Apple sudahpun mengeluarkan kenyataan mengenai perbezaan di antara dua cip A9 ini. Menurut mereka ujian bateri yang perbezaan ketahanan selama sejam adalah tidak tepat kerana berbeza dari penggunaan peranti di dunia sebenar.


Mereka juga mendakwa dalam ujian yang mereka lakukan sendiri, perbezaan ketahanan bateri di antara dua cip ini hanyalah sekitar 2-3%.

Kepada mereka yang berminat untuk membeli iPhone 6S/6S Plus di Malaysia, tidak ada tanda pada kotak untuk menunjukkan cip pempross yang manakah digunakan peranti.

Anda hanya boleh berharap mempunyai nasib yang baik menerima peranti dengan A9 keluaran TSMC yang lebih berkuasa serta bateri tahan lebih lama.-Mynewshub.cc

Sumber: Macrumors

Oleh: hzqahmd

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori