Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Jangan Sebar Maklumat Palsu...

KOTA BHARU - Orang ramai diminta tidak menyebarkan maklumat tidak sahih mengenai spekulasi...

Pili, Pancuran, Mesin Basuh...

CYBERJAYA — Pili air, pancuran mandi dan mesin basuh antara produk wajib memiliki...

Felda Bina Lebih Banyak...

KUALA NERUS - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan...

Peminat Dakwa Syafiq Kyle...

PELAKON drama Mencintaimu Mr Photographer, Syafiq Kyle mengaku terkejut dengan dakwaan sesetengah pihak...

Edar Dadah: Wanita Iran Dihukum Mati, Kakaknya Dibebaskan

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang wanita warga Iran kerana didapati bersalah mengedar 1.47 kilogram (kg) dadah Methamphetamine di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), tiga tahun lepas.

Hakim Datuk Ghazali Cha menjatuhkan hukuman itu terhadap Robabeh Mohammadzadeh Asl Ebraham, 57, tetapi melepaskan dan membebaskan kakaknya Simzar Mohammadzadeh Asl Ebraham, 60, daripada tuduhan mengedar 1.16 kg Methamphetamine pada tempat, masa dan tarikh yang sama.

Dua beradik itu didakwa mengedar Methamphetamine di kawasan tuntutan Bagasi F, Aras 3, Balai Ketibaan Antarabangsa KLIA pada 11 malam, 2 Sept 2012.

Kedua-dua wanita itu didakwa mengikut Seksyen 39B(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati.

Ghazali berkata pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada kes pendakwaan Robabeh.

Dalam penghakimannya, Ghazali berkata keterangan Robabeh yang menyatakan dia tidak mengetahui bagasi yang baru dibelinya di Iraq mempunyai dadah tersorok di ruangan khas adalah rekaan semata-mata demi melepaskan diri.


Beliau berkata Simzar pula dibebaskan dan dilepaskan daripada tuduhan itu apabila pembelaan berjaya membuktikan keterangan yang diberikannya mengatasi kes pendakwaan.

Menurutnya wanita berkenaan, yang pernah mengalami masalah mental kira-kira 20 tahun lepas, menyatakan dia langsung tidak mengetahui mengenai dadah itu sebaliknya memberi sepenuh kepercayaan kepada adiknya untuk membawanya melancong ke Malaysia.

Kes pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Selangor, Siti Noorbaya Jamil manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Tina Ong. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=D5jVUGT1cOY

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori