Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Tiada Sekolah Dipinggirkan Oleh...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata...

Zamihan Dibebas Dengan Jaminan,...

KUALA LUMPUR - Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja), Ustaz Zamihan Mat...

Polo: KJ Sumbang Emas...

PUTRAJAYA – Malaysia berjaya menewaskan Thailand 9-8, sekali gus mengulangi pencapaian pingat emas...

Singapura Pun Turun Kadar...

SINGAPURA - Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat Singapura (LTA) mengumumkan bermula 1 April, bayaran...

Elektrik Rumah Pam Air Wangsa Maju Terputus 4 Jam

KUALA LUMPUR – Insiden rumah pam air Wangsa Maju dan Bukit Tadun di sini terputus bekalan elektrik selama empat jam semalam menyebabkan sebanyak 34 kawasan di sekitar Kuala Lumpur dan Gombak mengalami gangguan bekalan air bersih.

Ketua Komunikasi Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Amin Lin Abdullah berkata, kejadian bekalan elektrik terputus itu menyebabkan bekalan air dari rumah pam tersebut tidak dapat disalurkan bermula pukul 12 tengah hari hingga 4 petang semalam.

“Bekalan elektrik yang terputus telah mengakibatkan rumah pam air Wangsa Maju dan Bukit Tadun mengalami penutupan bekalan air sementara yang menjejaskan bekalan air kepada 34 kawasan (14,6875 akaun) di sekitar Kuala Lumpur dan Gombak.

“Walaupun bekalan kuasa telah pulih pada kira-kira pukul 4 petang, bekalan air ke kawasan yang terjejas pulih secara berperingkat,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.


Amin Lin bagaimanapun berkata, Syabas telah bertindak proaktif dengan menghantar bekalan air melalui lori tangki dan tangki statik ke kawasan-kawasan yang terjejas untuk membantu pengguna terlibat. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori