SEORANG pembantu di sebuah pasaraya yang dibuang kerja kerana duduk di atas pencuri akhirnya mendapat semula kerjanya selepas kempen media sosial berjaya memaksa majikannya berbuat demikian.
Adrian Weekes, 52, sebelum ini dijulang sebagai wira kerana berjaya menangkap seorang remaja berusia 16 tahun yang mencuri di pasaraya.
Namun selepas gambar Adrian duduk di atas remaja itu tersebar, Midcounties Co-operative telah menggantung kerjanya.
Ia menyebabkan 450 menandatangani petisyen mendesak pasaraya popular itu menarik balik penggantungan terbabit.
Selain itu kempen melalui Facebook bertajuk `Let’s help Adrian Weekes keep his job’ telah dilancarkan dan mendapat sokongan ramai.
Sementara pencuri terbabit pula diarahkan membayar harga barang yang dijualnya dan dilarang daripada memasuki kedai berkenaan lagi. - MYNEWSHUB.CC