Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Lim Dan Isteri Tiba...

GEORGE TOWN - Ketua Menteri Lim Guan Eng dan isterinya Betty Chew tiba...

‘Frontliners’ Kembali Ke Medan...

KUALA LUMPUR - Para petugas barisan hadapan (frontliners) khususnya petugas kesihatan sekali lagi...

2 Pelajar UiTM Maut...

KUANTAN - Dua pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) maut selepas kereta mereka bertembung...

Video: “Bang, Saya Dah...

"BANG, saya dah tengok dah," demikian reaksi seorang penumpang apabila pintu kereta yang...

Enjin Pesawat Dynamic International Airways Meletup

Florida – Enjin sebuah pesawat penumpang ke Caracas, Venezuela meletup dan terbakar ketika bersedia untuk berlepas, memaksa anak kapal menurunkan penumpang menggunakan gelongsor kecemasan.

Lima belas orang cedera dengan seorang daripadanya parah, tetapi 101 penumpang dan anak kapal berjaya dikeluarkan dari pesawat Boeing 767-200ER Dynamic International Airways itu, hanya beberapa minit selepas juruterbang menyedari ada sesuatu tidak kena.

Imej disiarkan di televisyen menunjukkan pesawat itu dilitupi buih dan dikelilingi trak bomba di lapangan terbang di Fort Lauderdale itu, manakala enjin kirinya rentung.

Enjin pesawat berusia 29 tahun itu dilaporkan bocor sebelum berlepas, kata Pentadbiran Penerbangan Persekutuan. Anak kapalnya dimaklumkan mengenai perkara itu oleh kapal terbang lain yang berada tidak jauh di belakangnya.

Dalam video diambil penumpang pesawat lain, asap tebal juga dapat dilihat dari kapal terbang berkenaan sebelum api berjaya dipadamkan.

Kebanyakan penumpang hanya cedera ringan, termasuk seorang kanak-kanak, kata jurucakap Pejabat Syerif Broward, Michael Jachles.


Penumpang dipindahkan dalam tempoh 10 minit dan lapangan terbang itu dibuka semula tiga jam kemudian.

Warga emas Luis Campana, 71, berkata, dia dalam perjalanan ke Guarico, Venezuela dengan isteri dan kakaknya.

“Memang menakutkan. Saya duduk di bahagian depan pesawat dan dapat merasakan rasa gegarannya apabila enjin meletup.

“Ketika kami diturunkan menggunakan gelongsor, asap sudah mula memasuki pesawat dan enjin dijilat api,” katanya. – Reuters/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori