Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Nak Dapat Duit Raya...

NAK Dapat Duit Raya Extra Tak Tahun Ni? Kalau nak, baca sampai habis dan...

Wanita Tua Dipancung, Kepala...

KEPALANYA dipenggal, dibakar dan serpihan tengkoraknya bertaburan sebelum mayat wanita warga emas terbabit...

Badan Kehakiman Mesti Terpisah...

KUALA LUMPUR – Badan Kehakiman adalah komponen penting, walaupun bukan satu-satunya dalam sistem...

Bicara Kes Saman Najib...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka memberi keterangan di Mahkamah...

Erma Fatima Tak Jadi Cerai, Enggan Dikait Dengan Madu

SETELAH berfikir panjang, pengarah dan pelakon Erma Fatima akhirnya mengambil keputusan tidak meneruskan hasrat untuk bercerai dengan suaminya, Bade Azmi.

Bercakap kepada mStar Online, Erma memberitahu, keputusan itu dibuat tiga minggu lalu selepas dia tersentuh dengan kesungguhan Bade yang berusaha memujuknya menarik balik permohonan cerai itu.

Pada masa yang sama, Erma akui mereka berdua sebenarnya tidak mempunyai masalah rumah tangga namun dia memfailkan cerai kerana masalah lain yang berkait dengan perkahwinan mereka.

“Saya tak jadi cerai. Keputusan itu dibuat tiga minggu lalu. Saya tengok Bade bersungguh-sungguh mahu menjaga hubungan kami.

“Keputusan itu juga dibuat selepas suami bersungguh-sungguh desak saya tarik balik fail cerai itu. Apatah lagi sudah 27 tahun perkahwinan kami.

“Kami tak bergaduh pun. Penceraian ini tiada kaitan dengan Bade, tetapi kerana masalah lain, ia mengganggu perkahwinan kami.


“Mungkin saya beri peluang pada diri dan Bade untuk menerajui kehidupan bersama. Saya harap perkara ini tidak akan berlaku lagi,” ujarnya.

Sementara itu, pelakon drama Mok Cun ini turut menyatakan keputusannya untuk tidak mahu campur hal-hal berkaitan madunya, Aida.

Bade bersama isteri keduanya, Aida dan anak mereka Jihad.
Bade bersama isteri keduanya, Aida dan anak mereka Jihad.

“Dulu saya baik dan mesra dengan madu, tetapi saya rasa perkara itu tidak patut berlaku. Sekarang ini saya tak mahu masuk campur dan tidak mahu ada kaitan dengan madu saya lagi,” tegasnya.

Sebelum ini, Bade pernah menegaskan kepada pihak media bahawa dia masih sayangkan isteri pertamanya, Erma. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori