Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Nicol Hilang Ranking Pemain...

KUALA LUMPUR - Penguasaan ratu skuasy negara, Datuk Nicol David sebagai pemain nombor...

Denda RM10,000 Ingkar Zon...

KOTA BHARU - Tindakan tegas termasuk denda sehingga RM10,000 menanti individu yang didapati...

Wanita 100 Tahun Catat...

TOKYO – Seorang warga emas berusia 100 tahun menjadi wanita tertua pertama di...

Pemimpin PKR Sokong DAP,...

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Latheefa Koya...

Facebook Tawar Akses Internet Percuma Di Afrika Pada 2016

FACEBOOK sebelum ini telah berkongsi perancangan mereka untuk ingin menyediakan beberapa satelit di orbit, yang mana akan memancar Internet asas kepada pengguna untuk membolehkan pengguna kekal berhubung, selain menawarkan akses percuma kepada negara-negara membangun.

Terkini, laman sosial gergasi berkenaan telah pun mengumumkan kerjasama dengan Eutelsat, dan akan menggunakan salah satu satelit sedia ada untuk menawarkan akses Internet percuma di Afrika.

Facebook dan rakan kerjasama mereka ini dijangka akan menawarkannya bermula penghujung 2016 kelak.

Ketua Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg, berkata satelit yang dikenali sebagai AMOS-6 akan meliputi sebahagian besar barat, timur dan selatan Afrika yang mana boleh menampung sejumlah besar penggua di Afrika.

Menggunakan satelit, Facebook menyasarkan untuk meliputi kawasan pedalaman yang biasanya sukar untuk dicapai oleh talian Internet biasa.


Perkhidmatan Internet ini kelak akan ditawarkan melalui Internet.org, yang mana menyediakan akses kepada sejumlah perkhidmatan dalam membolehkan pengguna kekal berhubung, selain mendapatkan informasi semasa.

Facebook turut dijangka akan bekerjasama dengan beberapa pihak lain di Afrika dalam menjayakan penawaran ini kelak. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Engadget

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori